awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik

Bernama
Bernama
06/10/2023
13:15 MYT
BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.
SHAH ALAM: Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.
Dalam kenyataan hari ini, BERNAS memaklumkan pihaknya menyangkal dakwaan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung penularan mesej berantai melalui media sosial bahawa terdapat campuran beras plastik di dalam produk syarikat itu.
"BERNAS sentiasa memastikan tahap pematuhan piawaian yang tinggi dan pemantauan kualiti yang ketat di setiap peringkat perolehan bekalan beras import dan tempatan.
"Semua jenis beras import yang dibawa masuk ke dalam negara perlu melalui syarat ketat dan proses pemeriksaan kualiti yang rapi bermula di negara pembekal sehinggalah sampai ke negara ini," menurut kenyataan itu.
Syarikat itu menjelaskan bekalan beras yang dibawa masuk ke negara ini turut dibekalkan dengan sijil pengesahan kualiti dan spesifikasi beras yang dipantau rapi yang telah ditetapkan oleh kerajaan, bertujuan mencegah sebarang bentuk penyelewengan yang tidak diingini.
BERNAS ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk tidak mempercayai berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan atau mendapati wujudnya unsur yang mencurigakan bagi produk beras BERNAS yang dibeli, hantar e-mel aduan rasmi anda di [email protected].
BERNAS juga menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan tuduhan tidak berasas untuk menjatuhkan reputasinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BERNAS
#campuran beras plastik
#beras import
#tulen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan