awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bernilai RM50,000? Jeti kayu kecil ini undang pelbagai reaksi dari netizen

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
10/04/2022
14:21 MYT
Bernilai RM50,000? Jeti kayu kecil ini undang pelbagai reaksi dari netizen
Jeti kecil ini dibina bagi menggantikan jeti lama di kampung berkenaan yang telah rosak dan tidak dapat diguna, menurut JKR Sarawak menerusi perkongsian di Facebooknya baru-baru ini. - Gambar Facebook Unit Komunikasi Korporat JKR Sarawak
KUALA LUMPUR : Sebuah jeti kayu yang telah siap dibina bernilai RM50,000 di Kampung Mutap, Bekenu, Miri ini mengundang pelbagai reaksi dan komen dari netizen yang mempersoalkan nilai sebenar hasil jeti tersebut.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada Khamis lalu, projek jeti tersebut dikenali sebagai 'Bina Baru Jeti Kampung Mutap' bagi menggantikan jeti lama yang telah rosak.
Bagaimanapun, rata-rata komen netizen mempersoal serta membandingkan harga yang diletak untuk menyiapkan projek berkenaan terlalu tinggi dari hasil sebenar jeti kayu sepanjang 15 meter berkenaan.
Menurut JKR Sarawak, jeti tersebut mengambil masa sebulan untuk siap sepenuhnya pada April tahun ini, malah lebih awal dari perancangan sebenar.
"Projek RTP (Rural Transformation Programme) DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.
"Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang. "Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke pasar Bekenu," memetik perkongsian Unit Komunikasi Korporat JKR Sarawak di Facebook.
Topic Berkaitan
#Projek JKR
#Bina Baru Jeti Kampung Mutap
#Bekenu
#Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan