Pada usia 50 tahun ini dan sedikit 'berisi', saya tahu saya perlu lakukan sesuatu mengenainya.
Namun ditengah-tengah kesibukan berkerjaya melebarkan jaringan kenalan dan mesyuarat serta diselang-seli dengan sarapan, makan tengahari dan makan malam, rasanya tiba masanya untuk saya bersenam.
Mempunyai kadar metabolisme yang rendah tidak banyak membantu, malah lebih banyak pelawaan untuk makan malam dan keraian yang diterima.
Hakikatnya saya perlu untuk bersenam.
Untuk kelihatan 'bersedia' untuk muncul di kaca televisyen, tiada pilihan lain selain daripada saya untuk bersenam.
Helahnya, bagaimana untuk menjadikan aktiviti bersenam ini 'fun'?
Berlari di sebelah pagi ? Tidak.
'Pumping' dan mengangkat bebanan di pusat kesihatan atau jim yang mengenakan caj melampau, dikelilingi pula mereka yang berotot kekar? Juga tidak. Malah melemahkan semangat dibuatnya.
Apa yang 'fun'? 'Klik', 'Klik'!
Itu bunyinya apabila jari-jemari tidak henti-henti memetik kamera, aktiviti baru yang temui, mengambil gambar alam sekitar.
Hakikatnya sejak 6 bulan lalu, di hujung minggu, saya pastikan ada masa untuk 'bersenam'. Definisi sebenarnya, berjalan sejauh tiga kilometer dan mengambil gambar untuk sekurang-kurangnya 2 jam penuh.
Dan hasilnya...
Pertama bilangan kalori. Saya terpaksa menerima hakikat dalam senyap yang tidak pernah ada mesin penimbang di kediaman sendiri. Lebih penting, ada cermin besar untuk saya melihat rupa paras yang sebenar, dan melihat samada ada kesan hilang satu atau dua kilogram.
Saya percaya, telah ada kejayaan. Tidak banyak, sedikit. Jujurnya saya tidak terlalu kisah sekiranya hilang satu atau dua kilogram setahun, yang penting rasa sihat dan gembira.
Perkara kedua, tentang fotografi, saya mempunyai pengatahuan yang amat minimal terutama dari aspek mengambil gambar. Usah ditanya apa itu ISO atau tentang kelajuan 'shutter', apa tah lagi 'aperture'. Buat muka kosonglah jawabnya.
Namun di sebalik itu, saya amat arif tentang lensa dan sayangkan kamera Nikon D7000 yang saya miliki. Teman dan mereka yang lain ramai memuji mengatakan saya pandai mengambil gambar, harapnya mereka ikhlas.
Sedang saya meneruskan cinta saya dengan kamera memburu 'shot cantik ' alam sekitar, apa pula pendapat anda?
Sehingga bertemu lagi di ruangan ini di minggu hadapan, diharapkan saya akan hilang beberapa kilogram lagi sambil menghasilkan foto-foto indah buat tatapan semua.
Suhaimi Sulaiman
Fri Nov 30 2012
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Persatuan teksi setuju kerajaan haram kenderaan NGV, yakin dapat subsidi petrol khas
Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengharamkan kenderaan gas asli (NGV) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Analisis lanjut bagi ketahui punca pencemaran Pantai Esen - Exco
Bendasing yang menyebabkan pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dekat sini masih belum diketahui.
Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin
Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
EU tetapkan had pencemaran udara yang lebih ketat mulai 2030
Kira-kira 300,000 kematian setiap tahun di EU boleh dikaitkan akibat kesihatan pencemaran udara.
Sasar Sarawak Delta Geopark dapat pengiktirafan UNESCO menjelang 2026 - Abang Johari
Pengiktirafan Sarawak Delta Geopark kelak akan memberikan kesan positif kepada kualiti industri pelancongan Sarawak.