awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin

Bernama
Bernama
21/10/2024
15:00 MYT
Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin
Amirudin berucap semasa majlis perasmian Persidangan Polisi dan Amalan Penggunaan dan Pengeluaran Mampan (SCP) ASEAN: Menyambut 12 Tahun Kerjasama SCP Jerman-Asia Tenggara hari ini. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata kaedah semasa yang bergantung kepada tapak pelupusan sampah untuk menguruskan sisa pepejal tidak lagi mampan dan boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
Sehubungan itu Amirudin berkata sudah tiba masanya perubahan dilakukan ke arah sistem sisa pepejal kepada tenaga (WTE) yang diamalkan negara maju seperti di Eropah, dan beliau turut menyatakan komitmen untuk mengurangkan sisa buangan negeri dengan menghapuskan barangan sekali guna seperti plastik.
"Saya juga melihat potensi besar industri pembinaan daripada bahan-bahan yang digunakan kepada amalan pembinaan, dan lebih banyak peluang dalam sektor makanan dan minuman untuk mengurangkan pembaziran makanan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis perasmian Persidangan Polisi dan Amalan Penggunaan dan Pengeluaran Mampan (SCP) ASEAN: Menyambut 12 Tahun Kerjasama SCP Jerman-Asia Tenggara di sini hari ini.
Amirudin berkata pentadbirannya juga merancang menggunakan 20 sen yang dikenakan untuk setiap beg plastik, yang berjumlah lebih RM20 juta setakat tahun lepas, untuk melancarkan program kitar semula yang lebih berimpak, dan ia akan diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2025 pada 15 Nov.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dilaporkan berkata wang yang dikumpul itu akan disalurkan semula bagi menganjurkan program kesedaran oleh kerajaan negeri untuk memberi kesedaran dan mendidik orang ramai tentang kepentingan mencintai dan memelihara alam sekitar.
Persidangan dua hari yang dianjurkan dengan kerjasama Meja Bulat Asia Pasifik Untuk Penggunaan dan Pengeluaran Mampan (APRSCP) Ke-17 itu menyaksikan penyertaan lebih daripada 200 pembuat dasar, pemimpin industri dan pakar dari rantau Asia Pasifik yang menandakan 12 tahun kerjasama antara Asia Tenggara dan Jerman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapak pelupusan sampah
#ASEAN
#alam sekitar
#Belanjawan Selangor 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan