Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang ditahan polis berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 5.

Tian Chua chua dalam kemaskini Twitternya, memaklumkan, beliau telah ditahan polis mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan atas cubaan antaranya, merusuh dan menggugat ketenteraman awam.

Tian Chua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di Jalan Hang Tuah untuk membantu siasatan.

Buat masa ini, tiada maklumat tentang penahanan Zuraida yang turut dibawa ke IPD KL sejurus selepas tahanan dilakukan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memaklumkan dalam kemaskini Twitternya tentang penahanan Zuraida.
Perhimpunan Bersih 5 berlangsung di ibu negara pada Sabtu dan disertai 18,000 penyokong dari kumpulan Baju Kuning dan Baju Merah.