Sudah tiba masanya untuk Malaysia bertindak menangkis serangan terhadap industri kelapa sawit negara susulan keputusan Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis melarang bahan api-bio sawit memasuki Kesatuan Eropah (EU) bermula 2021.
Usaha agresif itu antaranya, menurut Pensyarah ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai adalah mengurangkan kebergantungan minyak kelapa sawit sebagai sumber bahan api biodiesel.
Sebaliknya, Dr Barjoyai berkata Malaysia perlu mengambil contoh Netherlands (Belanda) yang memproses buah kelapa sawit muda sebagai sebahagian daripada bahan makanan seperti salad yang dijual pada harga premium.
“Jadi kalau orang Netherlands boleh makan buah kelapa sawit muda sebagai salad, kenapa orang Malaysia tidak boleh dididik untuk makan buah kelapa sawit kerana ia berzat tinggi,” katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.
“Begitu juga bahan-bahan lain kerana kelapa sawit mengandungi nutrien yang baik. Di Nigeria, kelapa sawit direbus dan digunakan sebagai sebahagian bahan campuran dalam masakan – apabila mereka masak kari dan nasi, dalam semua makanan mereka letak bahan kelapa sawit.”
BACA: Agensi sawit desak kerajaan jangan beri muka kepada EU
BACA: Malaysia timbang tindak balas jika EU teruskan diskriminasi minyak sawit
Penggunaan kelapa sawit perlu fokus jangka panjang
Katanya, langkah itu menjadikan penggunaan kelapa sawit untuk industri makanan lebih penting dan usaha itu perlu menjadi fokus jangka masa panjang dalam kalangan pengusaha-pengusaha kelapa sawit negara, sekaligus menyelamatkan industri komoditi itu.
Ditanya sama ada cadangan itu mampu membantu ekonomi negara dan pekebun-pekebun kecil di Malaysia, Dr Barjoyai mengakui bahawa pasaran bagi industri makanan berasaskan kelapa sawit begitu luas.
“Contohnya, Nigeria sebuah negara yang (mempunyai bilangan) penduduk hampir 200 juta dan kita boleh memperoses kelapa sawit, mungkin dalam bentuk butter atau majerin yang diperlukan di Nigeria dan dieksport ke sana, bukan sebagai minyak masak tetapi sebagai bahan makanan.
“Begitu juga kita boleh ajar ramai penduduk, maknanya kita wujudkan satu jenis makanan baharu untuk rakyat Malaysia terutamanya (sasaran pasaran) golongan milenial kerana mereka suka kepada makanan baharu,” ujarnya.
Menyokong hujah tersebut lagi, beliau berkata negara-negara Asia seperti Indonesia, India dan China juga mempunyai bilangan penduduk yang ramai maka kajian boleh dijalankan untuk menilai sejauh mana produk makanan kelapa sawit boleh dipasarkan di ketiga-tiga negara berkenaan.
Pada 19 Dis tahun lepas, penggubal Perancis mengundi untuk menghapuskan minyak sawit daripada skim biofuel negara itu bermula Januari 2020.
Malaysia timbang tindakan balas terhadap EU
Malaysia pula pada Jumaat lalu dilaporkan akan menimbang mengambil tindakan balas terhadap eksport Eropah sekiranya EU meneruskan hasratnya untuk melaksanakan Akta Perwakilan (Delegated Act) bagi menghentikan secara berperingkat dan melarang penggunaan sawit dalam biodiesel.
Mengulas lanjut, Dr Barjoyai berkata tindakan menyekat atau memboikot barangan keluaran negara Eropah boleh dibuat jika isu ini masih tidak dapat diselesaikan.
Namun, beliau berpendapat langkah itu tidak proaktif dan wajar dilakukan walaupun ia mungkin memberi impak yang besar kepada ekonomi negara-negara Eropah.
“Maksudnya kalau negara Eropah boleh mengharamkan pengunaan barang keluaran Malaysia, Malaysia juga boleh mengurangkan atau menyekat barang keluaran negara-negara tersebut.
“Kalau kita bersatu dengan Indonesia sebagai pengeluar utama kelapa sawit, dan kalau kita boikot semua produk dari Eropah, seramai 200 juta pengguna dari dua buah negara ini menghentikan (penggunaan) barang-barang dari Eropah, dan kesannya sudah tentu besar,” katanya.
Kelapa sawit bukan punca jerebu, penebangan hutan
Dalam pada itu, Dr Barjoyai menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menggunakan alasan bahawa kelapa sawit menyebabkan penebangan hutan dan meningkatkan masalah jerebu sebagai tidak rasional.
Malaysia masih mempunyai lebih 53 peratus keluasan hutan.
“Kalau kita tengok di Eropah bagaimana mereka hampir menghapuskan hutan dengan projek pembangunan tetapi tiada sesiapa pun yang protes.
“Asas perdebatan yang lebih tepat adalah apakah sumbangan kelapa sawit kepada masyarakat dunia, dan itu yang perlu kita fikirkan,” katanya.
Secara umum, hasil industri kelapa sawit di Malaysia terdiri daripada tiga jenis iaitu minyak cair, padat dan gas. Bagaimanapun, kelapa sawit dapat dipelbagaikan kegunaannya dan mencipta barangan baharu hasil daripada penyelidikan.
Antara barangan makanan yang boleh dihasilkan adalah aiskrim, krimer, serbuk santan, sosej dan burger – yang dihasilkan daripada lemak sawit bagi menggantikan lemak mentah lembu, ayam atau kulit ayam.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 20 2019

Dr Barjoyai berkata Malaysia perlu mengambil contoh Netherlands yang memproses buah kelapa sawit muda sebagai sebahagian daripada bahan makanan seperti salad yang dijual pada harga premium. - Gambar Fail

Fernandinho ucap selamat tinggalkan kepada Man City
Paranaense mengesahkan Isnin lalu bahawa perjanjian telah disediakan untuk menandatangani semula Fernandinho.

AWANI Ringkas: Peranan media sampaikan berita sebenar
![]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia ]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976090/thumbnails/11644311681656647904910_640x360.jpg)
]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. #AWANInews #MalaysiaBangkit

Mini KUD platform usahawan perkasa produk tempatan
Program Mini KUD ini antara inisiatif KPLB bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan.

Modul antirasuh diperluas dalam kalangan pelajar TVET
Rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkakan dilaksanakan seawal-awalnya pada Ogos tahun ini.

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

MyEzyCover.com bakal manfaatkan 1.6 juta penjawat awam tetap, kontrak
Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com bakal memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam termasuk bertaraf kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MyEzyCover.com akan diperluas kepada GLC, GLIC, sektor swasta
Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com akan diperluaskan kepada kakitangan GLC, GLIC dan sektor swasta dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

EU serah vaksin cacar monyet ke Sepanyol
Suruhanjaya Eropah menerusi Pihak Berkuasa Kesiapsiagaan dan Kecemasan Kesihatan (HERA) membeli kumpulan pertama 5,300 dos vaksin cacar monyet yang dihantar ke Sepanyol pada Selasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

EU beri Ukraine, Moldova status calon anggota
Ukraine memohon keahlian EU sejurus selepas konflik dengan Rusia tercetus pada akhir Februari.

COVID-19: EU, Amerika Latin bekerjasama dalam vaksinasi
Negara-negara berkenaan perlu meningkatkan kapasiti mereka dalam mengeluarkan dan menguruskan vaksin.

27 anggota EU bersedia beri status calon kepada Ukraine minggu ini
Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk memberikan secara rasmi status calon kepada Ukraine minggu ini, lapor Sputnik.

EU seru gencatan senjata di Ukraine agar eksport bijirin dapat dilaksanakan
Kesatuan Eropah (EU) mendesak gencatan senjata dilaksanakan di Ukraine agar berjuta-juta tan bijirin dapat dieksport, kata ketua dasar luar EU pada Isnin.

Impian Ukraine jadi sebahagian EU mungkin ambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun - Pakar
Pesuruhjaya EU berkata, Ukraine masih perlu memenuhi satu set kriteria ketat sebelum rundingan keahlian dibuat.

EU sambut baik langkah Malaysia mansuh hukuman mati mandatori
EU bersedia menyokong Malaysia dalam usahanya untuk menghapuskan sepenuhnya hukuman mati.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemimpin EU sepakat mengenai embargo minyak Rusia
Negara Kesatuan Eropah (EU) sepakat untuk mengurangkan jumlah pembelian minyak dari Rusia sebanyak 90 peratus menjelang akhir tahun ini.