Skip to main content

Malaysia

Biar rakyat nilai tindakan pembangkang - Hishammuddin

51378681748_295x200.jpg
Biar rakyat menilai tindakan pengosongan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sewenang-wenangnya bagi memberi laluan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Itu bagi saya satu tanda tanya dan masih tak dapat jawapan dari mereka," katanya kepada media selepas menghadiri persidangan meja bulat bagi membincangkan masa depan sektor penerbangan negara di sini Rabu.

Beliau juga berkata terpulang kepada masyarakat untuk menilai tindakan pengosongan itu sama ada ia melibatkan agenda peribadi.

"Terpulang kepada orang ramai untuk membuat keputusan tetapi untuk keadaan yang mana pihak itu sudah menang dan dikosongkan kerusi itu sewenang-wenangnya dan dicalonkan orang calon lain pula, saya rasa kalau itu bukan peribadi, saya tak tahu lagi apa yang tidak peribadi," katanya.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR, Isnin lepas.

Advertisement

Must Watch Video