awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2023
02:10 MYT
Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya
Anggota APM Kuala Pilah sedang mengeluarkan biawak berkenaan. - Foto APM Kuala Pilah
KUALA PILAH: Seekor biawak seberat empat kilogram ditemui tersekat di dalam lubang tandas di sebuah pasar raya di Jalan Melang, di sini pada Isnin.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah, Lt (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, kejadian kira-kira jam 5.35 petang itu mengejutkan orang ramai apabila mendapati kepala reptilia itu tersumbat dalam sebuah lubang tandas lelaki.
"Seramai empat orang anggota diketuai oleh Prebet (PA) Ahmad Hambali Ahmad Kamal ke lokasi kejadian pada jam 5.40 petang setelah menerima laporan dari orang awam.
Seekor biawak seberat empat kilogram ditemui 'tersekat' di dalam lubang tandas di sebuah pasaraya di jalan Melang di sini pada Isnin. - Foto APM Kuala Pilah
Seekor biawak seberat empat kilogram ditemui 'tersekat' di dalam lubang tandas di sebuah pasaraya di jalan Melang di sini pada Isnin. - Foto APM Kuala Pilah
"Operasi menyelamatkan biawak malang itu mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menenangkannya sebelum dikeluarkan," katanya ketika hubungi Sinar Harian pada Selasa.
Ujarnya, biawak sepanjang 80 sentimeter itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal.
"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan ancaman bahaya atau bencana dan diminta untuk segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#biawak tersekat
#lubang tandas pasar raya
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#reptilia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan