awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara kes 1MDB Najib bersambung Selasa depan

Bernama
Bernama
24/06/2021
11:00 MYT
Bicara kes 1MDB Najib bersambung Selasa depan
Najib berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan bersambung 29 Jun di Mahkamah Tinggi di sini.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, kes itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara pada Isnin lepas (21 Jun) di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, namun ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Mahkamah sebelum ini menetapkan 28, 29 dan 30 Jun untuk sambung bicara. Tetapi, oleh kerana PKP 3.0 dilanjutkan hingga 28 Jun, maka perbicaraan akan bermula pada 29 Jun," katanya ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.
Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung nanti.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Bernama
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#kes rasuah Najib
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#Rasuah
#bekas perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan