KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Tun Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion yang dijadualkan bermula hari ini di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan lagi ke 22 Julai ini.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan peguam Datuk Seri K. Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan untuk menangguhkan kes berikutan pihak pembelaan masih belum menerima 48 lagi dokumen berkaitan kes daripada pendakwaan.
"Sila pastikan semua dokumen berkaitan kes diserahkan kepada pembelaan sebelum perbicaraan bermula (22 Julai). Pada 4 Jun lepas, perbicaraan tidak dapat diteruskan dan hari ini ia tidak dapat diteruskan lagi. Saya tidak mahu dengar lagi alasan penangguhan disebabkan dokumen yang tidak diserahkan," kata hakim.
Terdahulu Kumaraendran memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan 48 dokumen itu kepada pembelaan dan tanpa dokumen berkenaan, ia akan memprejudiskan anak guamnya.
"Kebanyakan dokumen terbabit adalah dokumen rakaman percakapan anak guam saya yang akan digunakan sebagai pembelaan dalam kes ini. Dalam surat yang dikemukakan kepada pendakwaan semalam (18 Jun), kami minta agar dokumen-dokumen berkenaan diserahkan kepada pihak kami," katanya.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pula berkata pembelaan bekas perdana menteri itu bergantung kepada keterangan atau kenyataan yang dibuat oleh Mohd Irwan.
"Tan Sri Mohd Irwan kita boleh anggap sebagai 'CEO of the Ministry of Finance' (Ketua Pegawai Eksekutif Kementerian Kewangan) dan beliau mempunyai banyak pengetahuan dalam kementerian itu. Dokumen yang akan diserahkan oleh pendakwaan adalah relevan kepada anak guam saya," kata peguam veteran itu.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi mengesahkan terdapat 48 lagi dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia dan sulit masih belum diturun taraf dan belum diserahkan kepada pihak pembelaan.
"Dokumen-dokumen yang diminta oleh pembelaan antaranya dari Agensi Pengangkutan Awam Darat, Unit Perancang Ekonomi dan kertas Kabinet. Sebelum ditanda sebagai eksibit, dokumen-dokumen ini perlu diturun taraf kerana ia di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Pihak pendakwaan memerlukan masa sebulan untuk dokumen itu diturun taraf oleh pegawai di agensi berkaitan sebelum diserahkan kepada pembelaan," katanya yang turut memaklumkan pihak pembelaan ada menghantar surat menerusi e-mel semalam bagi penangguhan kes.
Sementara itu Hakim Muhammad Jamil turut melapangkan perbicaraan esok dan 24 sehingga 27 Jun, serta bulan Julai iaitu pada 2 hingga 4, 9 hingga 11, dan 15 hingga 18.
Pada 24 Okt 2018, Najib, 70, dan Mohd Irwan, 67, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Pada 24 Okt 2018, Najib dan Mohd Irwan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, berkaitan bayaran kepada IPIC. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.

Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.

Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.

Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.