awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 8 Sept

Bernama
Bernama
02/08/2022
08:08 MYT
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 8 Sept
Tarikh-tarikh yang dipersetujui oleh pihak pendakwaan dan pembelaan ialah pada 8, 12 dan 14 Sept; 14 dan 26 Okt serta 17 dan 18 Nov. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang dijadualkan hari ini di Mahkamah Majistret di sini, ditangguhkan ke 8 Sept.
Majistret Nadia Othman menetapkan 8 Sept untuk menyambung perbicaraan selepas Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memaklumkan bahawa pihak-pihak telah bersetuju supaya tarikh baharu ditetapkan.
"Tarikh-tarikh yang dipersetujui oleh pihak pendakwaan dan pembelaan ialah pada 8, 12 dan 14 Sept; 14 dan 26 Okt serta 17 dan 18 Nov," kata Nur Aishah.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal mengesahkan perkara itu.
Ketika ditemui media di luar mahkamah, Nur Aishah berkata sepatutnya perbicaraan diteruskan dengan saksi pendakwaan pertama iaitu anak lelaki kepada SM Faisal dan Emilia, yang berusia 15 tahun menyambung keterangannya hari ini dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.
"Bagaimanapun, perbicaraan hari ini dilapangkan berikutan majistret yang mendengar kes ini berdepan dengan hal kecemasan," kata Nur Aishah.
SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, 43, yang ketika kejadian merupakan isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SM Faisal
#perbicaraan
#Emilia Hanafi
#bekas isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan