PUTRAJAYA: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mempelawa pihak yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai proses bidaan pembelian bekalan elektrik hijau daripada sistem bekalan elektrik Malaysia untuk disalurkan ke sistem bekalan elektrik Singapura.
Menerusi kenyataan, PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Ujar kementerian itu, pembidaan bagi perdagangan bekalan elektrik hijau merentas sempadan ke Singapura ini akan dimulakan dengan pelaksanaan projek rintis berjumlah 100 megawatt (MW) menggunakan rangkaian infrastruktur sambung tara sedia ada antara Semenanjung Malaysia dan Singapura.
"Antara intipati pelaksanaan proses bidaan di bawah projek rintis ini adalah seperti terbuka kepada pembida tenaga boleh Baharu (TBB) yang mempunyai lesen penjanaan atau lesen peruncitan bekalan elektrik untuk pasaran Singapura," katanya pada Isnin.
Pembida TBB yang berminat juga perlu berdaftar dengan single buyer untuk menyertai proses bidaan yang dilaksanakan selain akan dinilai menerusi proses pra-kelayakan.
"Mereka yang berjaya akan mendapat notifikasi untuk melakukan bidaan pembelian bekalan elektrik hijau pada hari bidaan dan pembida yang berjaya akan menandatangani Perjanjian Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharudengan Single Buyer untuk urusniaga bekalan elektrik hijau," ujar PETRA.
Jelas kementerian itu, pembida TBB yang berminat boleh mendaftarkan hasrat penyertaan melalui laman sesawang PETRA atau Single Buyer mulai Selasa.
"PETRA yakin pelaksanaan bidaan melalui platform ENEGEM ini akan membolehkan Malaysia memperkukuhkan lagi kerangka kerja pembekalan elektrik merentas sempadan di samping membuka peluang pembangunan serta usaha sama bidang TBB yang lebih luas," katanya.
Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk menubuhkan ENEGEM bagi melaksanakan perdagangan bekalan elektrik hijau merentas sempadan ke negara jiran.
Ia selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara serta komitmen Malaysia untuk menyokong inisiatif integrasi bekalan elektrik serantau melalui ASEAN Power Grid. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024
Pembida TBB yang berminat boleh mendaftarkan hasrat penyertaan melalui laman sesawang PETRA atau Single Buyer mulai Selasa.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mencadangkan Kerajaan Negeri Terengganu supaya mengenakan caruman perparitan kepada pemaju tanah.
Hujan lebat luar biasa hampir tenggelamkan Bandar Purba Petra
Air dari pergunungan sekeliling telah mengalir deras ke dalam bandar purba itu.
Tentera Israel tahan 19 wartawan Palestin
Tentera Israel menahan 18 wartawan Palestin di penjara mereka, kata Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin lapor Agensi Berita Jordan (Petra).