BAGI sesiapa yang mengikuti filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, pasti mengenali pelakon dan penyanyi Puan Sri Saloma, atau nama sebenarnya Salmah Ismail.
Selain berlakon, termasuk dalam filem Ahmad Albab dan Seniman Bujang Lapok, Allahyarham Saloma banyak menyanyikan lagu latar untuk filem-filem arahan P Ramlee.
Jika anda pergi ke majlis perkahwinan, anda pasti akan dihiburkan dengan lagu dendangannya iaitu Selamat Pengantin Baru yang dicipta oleh P Ramlee sendiri.
Bukan itu sahaja, isteri ketiga P Ramlee ini juga popular dengan lagu seperti Malam Bulan Dipagar Bintang, Malam Ku Bermimpi dan Bila Larut Malam.
Bukan sahaja terkenal dengan nyanyian dan lakonannya, malah Saloma juga dianggap sebagai ikon fesyen pada ketika itu.
BACA : Google sambut Hari Kebangsaan ke-63 dengan doodle Orang Utan
BACA : Ahli etnografi kelahiran Sarawak, Benedict Sandin diraikan Google
Oleh itu, pada tanggal 26 November 2020, Google Doodle telah memaparkan doodle khas Saloma di enjin carian mereka.
Pemilihan tarikh tersebut juga bersempena penganugerahan Biduanita Negara pertama kepada Allahyarham oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu.
Terima kasih Google Doodle.
Asyraf Roslan
Thu Nov 26 2020

Google Doodle hari ini memaparkan doodle khas Saloma di enjin carian mereka.

Pas mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU15 - Hadi
Pas mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional 'bergabung' semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi - Tengku Zafrul
Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

COVID-19 | Halimah Mohamed Sadique positif COVID-19
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Dakwaan wanita, anak dijangkiti COVID-19 kerana kehilafan KKM disiasat - Dr Noor Hisham
KKM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

Ahmad Said dan isteri positif COVID-19
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.

Majikan tanggung kos saringan COVID-19 dapat potongan cukai berganda
Majikan yang menanggung kos saringan COVID-19 akan mendapat potongan cukai berganda bagi bayaran kos saringan pekerja yang dibuat sepanjang tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul.

AWANI Ringkas: Menteri Perpaduan positif COVID-19 | Top Glove selar laporan CBC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agenda AWANI: ADGMIN1 | Transformasi sektor digital ranrau ASEAN
Diskusi Nazri Kahar bersama Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai transformasi sektor digital negara-negara rantau ASEAN jam 9 malam ini dalam Agenda AWANI di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: COVID-19 | Mengimbangi pengoperasian pendidikan dan kesihatan
Masih keliru siapa yang patut ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka apabila sekolah dibuka semula esok? Bagaimana KPM memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidik? Jangan lupa ikuti penerangan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim jam 830 mlm ini dalam Agenda AWANI bersama Nazri Kahar di saluran 501 dan astroawani.com

Buku teks sekolah kini dalam versi digital - KPM
Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi "KPM eTextbook Reader" bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

38 negeri AS kemuka saman antipersaingan terhadap Google
Mereka mendakwa Google mempunyai monopoli yang melanggar undang-undang di pasaran carian dalam talian.

YouTube dan beberapa laman web dalam talian alami masalah
Kecoh apabila beberapa laman web komunikasi awam dalam talian mengalami masalah untuk dicapai oleh para pengguna.

Dua murid 11 tahun di Serian ungguli anugerah filem antarabangsa
Filem pendek animasi, Batuh Bijanji karya Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfakat Mohd Zulfadhli mengungguli anugerah Best Film by Popular Jury di Festival de Cinema de Alvorada (Fecea) ,Brazil.

Dalgona Coffee, Joe Biden dapat carian terbanyak di Google
Dalam menghadapi situasi yang sukar, rakyat pastinya sentiasa ingin tahu apa yang terjadi dan akan menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat terkini.

Biduanita Saloma dirai Google melalui paparan doodle
Pemilihan tarikh tersebut juga bersempena penganugerahan Biduanita Negara pertama kepada beliau oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu.

'Pop-up minta izin': iOS 14 beri Apple kelebihan dalam persaingan pengiklanan digital
Melalui tetapan iOS14, pengiklan tidak lagi boleh mendapat keputusan berhubung iklan mereka berdasarkan butiran peranti.

Monopoli enjin carian: 165 syarikat EU desak Google disiasat
Sekumpulan syarikat dan perbadanan industri Kesatuan Eropah (EU) mendesak suruhanjaya antitrust EU mengambil tindakan terhadap Google.

Sektor e-dagang dijangka capai RM46.9 bilion tahun ini
Berdasarkan laporan e-Conomy South East Asia (SEA) 2020, sektor e-dagang telah memacu kadar pertumbuhan yang pesat di negara ini sebanyak 87 peratus.