awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bil elektrik tinggi: Lebihan caj dikredit semula - TNB

Bernama
Bernama
08/05/2019
04:36 MYT
Bil elektrik tinggi: Lebihan caj dikredit semula - TNB
TNB: "Tiada pemotongan bekalan elektrik dibuat sementara aduan pengguna diperincikan." - Gambar hiasan/www.tnb.com.my
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengkredit semula lebihan caj pengguna meter pintar di negeri ini ke dalam bil elektrik pengguna tersebut sekiranya semakan mendapati berlaku lebihan caj.
Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Melaka Ahmad Rezahan Mohammad berkata pihaknya akan membuat semakan segera terhadap aduan yang diterima.
"TNB ambil maklum berkaitan isu bil tinggi dan aduan lain yang dihadapi segelintir pengguna meter pintar TNB di beberapa tempat di Melaka seperti mana yang telah dilaporkan melalui posting media sosial.
"Tiada pemotongan bekalan elektrik dibuat sementara aduan pengguna diperincikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Isnin lepas, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dilaporkan berkata Kerajaan negeri memandang serius dakwaan kenaikan kadar bil elektrik tinggi ekoran penggunaan meter pintar TNB dan meminta agar syarikat itu memandang serius setiap aduan dan tidak melihatnya secara umum.
Ahmad Rezahan berkata pengguna meter pintar yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi TNB di talian khidmat pelanggannya di 1300-88-5454 atau mengunjungi pejabat TNB berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#caj elektrik
#kerajaan
#Ketua Menteri
#media sosial
#terlebih caj
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan