awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bila Mesyuarat Khas Parlimen akan disambung?

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/08/2021
23:27 MYT
Bila Mesyuarat Khas Parlimen akan disambung?
Hari terakhir Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19 berdasarkan penilaian risiko yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hari terakhir Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19 berdasarkan penilaian risiko yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tarikh baharu bagi Mesyuarat Khas Parlimen masih belum diumumkan namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan penangguhan selama dua minggu susulan 70 kes COVID-19 yang dikesan.
Empat sampel positif COVID-19 hasil saringan yang dijalankan di Parlimen menunjukkan mutasi pada 'spike protein' yang dikenal pasti wujud pada varian Delta atau Kappa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kes positif COVID-19 dikesan hasil saringan dilakukan membabitkan Ahli Parlimen dan pengiring mereka.
Sebelum ini, Mesyuarat Khas Parlimen telah berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Julai lalu dan sepatutnya berakhir pada 2 Ogos ini.
Khamis lalu, Mesyuarat Khas Parlimen kecoh susulan kenyataan dikeluarkan oleh Istana Negara yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.
Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan kerajaan bersetuju untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#kes positif
#KKM
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Takiyuddin Hassan
#undang-undang
#Timbalan Perdana Menteri
#Yang di-Pertuan Agong
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan