Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Bila Najib boleh mula jalani tahanan rumah? Ini penjelasan peguam Shafee Abdullah

Mohamed Shafee Abdullah
Shafee memaklumkan sehingga Jumaat, anak guamnya masih belum menerima surat rasmi berkaitan keputusan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Advertisement

KUALA LUMPUR: Lapan hari selepas keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan diumumkan pada 18 September lalu, tumpuan kini terarah kepada bila Datuk Seri Najib Razak boleh mula menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd, secara tahanan rumah.

Najib menerima pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat yang ditetapkan. 

Kemunculan bekas Perdana Menteri itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini turut menjadi perhatian susulan perkembangan berhubung pelaksanaan tahanan rumah berkenaan.

Image
Najib Razak
Najib hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman kes 1MDB - Foto AWANI/Shahir Omar

Berikut antara penjelasan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini:

1. Najib tidak mampu bayar denda RM50 juta

  • Datuk Seri Najib Razak ketika ini tidak mampu menyediakan RM50 juta, yang dikenakan sebagai salah satu syarat bagi membolehkannya menjalani baki hukuman kes SRC International di bawah tahanan rumah.

2. Akaun dibekukan

  • Menurut Shafee, keadaan kewangan anak guamnya tidak membolehkan jumlah itu disediakan susulan pembekuan beberapa akaun milik Najib.

3. Tidak pernah minta sumbangan awam

  • Najib juga tidak pernah meminta sumbangan daripada orang awam untuk membayar denda RM50 juta berkenaan.

4. Rumah di Langgak Duta lokasi tahanan rumah

  • Shafee mengesahkan rumah No. 11, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur sebagai lokasi tahanan rumah Najib sekiranya denda RM50 juta itu dibayar.

5. Mungkin keluar penjara seawal bulan depan

  • Najib mungkin meninggalkan Penjara Kajang seawal bulan depan dan menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

6. Bergantung keputusan Mahkamah Tinggi

  • Jika penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun bagi kes 1MDB diberikan pada 14 Oktober dan denda RM50 juta dibayar, terdapat kemungkinan besar Najib boleh dibebaskan pada hari sama untuk menjalani tahanan rumah.

7. Cadangan kawat duri tidak masuk akal

  • Shafee menyifatkan cadangan supaya rumah Najib dipasang kawat duri, lampu sorot dan pengawal bersenjata sebagai tidak masuk akal serta tidak selari dengan konsep tahanan rumah.

8. Tahanan rumah bukan seperti berada dalam penjara

  • Menurut Shafee, tahanan rumah membolehkan banduan menjalani kehidupan di rumah dengan syarat tertentu, bukannya dikawal seperti berada dalam penjara.

9. Pernah dilaksanakan terhadap banduan lain

  • Shafee berkata pengaturan seumpama tahanan rumah pernah diberikan kepada banduan lain melalui lesen tertentu.

"Lesen ini ialah tahanan rumah, tetapi tahanan rumah itu dilaksanakan atau diuruskan melalui pengaturan lesen. Saya beri anda lesen untuk keluar dari penjara, ini syarat-syaratnya. Jika anda langgar syarat, anda kembali ke penjara," kata Shafee.

10. Belum terima surat rasmi pengampunan

  • Sehingga hari ini, Najib masih belum terima surat rasmi berkaitan keputusan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Must Watch Video

Advertisement