awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilangan mangsa banjir di Perak lepasi 1,000 orang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/01/2021
11:10 MYT
Bilangan mangsa banjir di Perak lepasi 1,000 orang
Penduduk Kampung Changkat Jong, Teluk Intan, Raffe Zain Md Isa, 46, menyelamatkan kucing miliknya selepas rumahnya dinaiki air. - Gambar/ Bernama
IPOH:Bilangan mangsa yang dipindahkan akibat banjir di Perak meningkat daripada 915 orang tengah hari tadi kepada 1,010 orang pada sebelah petang.
Kesemua mangsa membabitkan 263 keluarga di empat daerah yang terjejas itu ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS).
Daerah Slim mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 458 penduduk daripada 109 keluarga yang dipindahkan ke empat PPS selepas rumah mereka dinaiki air sejak petang semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, tiga buah kampung di Slim River terjejas teruk iaitu Kampung Balun dengan 293 mangsa, Kampung Slim Village (87) dan Kampung Kuala Slim (78).
Menurutnya, empat buah PPS dibuka sejak semalam iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun, SK Kuala Slim, Sekolah Agama Slim Village dan Pejabat Kemas.
"Banjir yang melanda empat daerah itu mengakibatkan 1,010 penduduk terjejas di mana Slim merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi," katannya di sini hari ini.
Menurutnya, di daerah Kampar, tiga buah kampung terjejas melibatkan 60 penduduk iaitu di Kampung Batu 20, Kampung Jeram dan Kampung Singh, Gopeng.
Beliau berkata, kesemua mereka dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Batu 20, Dewan Serbaguna Datuk Azman Mahalan, Kuala Dipang dan Dewan Bandaran Gopeng.
"Di Hilir Perak pula, seramai 442 penduduk terlibat banjir melibatkan 12 buah kampung dengan lima PPS dibuka di Dewan Tanjung Keramat, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Dewan MPTI Langkap, Dewan Serbaguna Chikus dan SK Sri Langkap.
"Daerah Sungai Siput turut terjejas membabitkan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tok Sirat apabila seramai 51 penduduk ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat," ujarnya.
Topic Berkaitan
#banjir Perak
#memburuk
#bilangan mangsa meningkat
#Slim
#kapar
#Hilir Perak
#Sungai Siput
#mangsa
#Penduduk
#terjejas
#kampung
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan