PUTRAJAYA: Jumlah kes perceraian di negara ini menurun 7.1 peratus daripada 47,242 kes pada 2020 kepada 43,934 tahun lepas, mengikut Stastistik Perkahwinanan dan Perceraian Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini berkata penurunan itu, mungkin disebabkan oleh penutupan Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil dan Jabatan Pendaftaran Negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac 2020 hingga ke 21 Nov 2021, dan jumlah kes terhad yang boleh dikendalikan mahkamah berikutan prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Beliau berkata tiga negeri yang mencatatkan penurunan paling tinggi bagi kes perceraian orang Islam ialah di Sarawak, diikuti Perlis dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun bagi orang bukan Islam, kes perceraian meningkat 30.4 peratus dari 9,419 pada 2020 kepada 12,284 tahun lepas dengan Selangor, Kedah dan Kuala Lumpur merupakan tiga negeri mencatatkan kadar perceraian bukan Islam tertinggi.
Mohd Uzir berkata terdapat peningkatan sebanyak 15.4 peratus dalam jumlah perkahwinan iaitu daripada 186,297 perkahwinan pada 2020 kepada 214,943 pada 2021.
"Tiga negeri yang mencatatkan perkahwinan dalam kalangan orang Islam ialah di Kelantan (61.3 peratus) diikuti Labuan (56.0 peratus) dan Putrajaya (37.3 peratus), manakala perkahwinan dalam kalangan bukan Islam menurun 4.7 peratus dari 40,854 pada 2020 kepada 38,941 pada 2021," katanya.
Beliau berkata hampir lapan peratus jumlah perkahwinan pada 2021 merupakan perkahwinan campuran iaitu satu peningkatan 11.7 peratus daripada 14,448 perkahwinan dari 2020 ke 16,142 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022
Mohd Uzir berkata penurunan itu, mungkin disebabkan oleh penutupan Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil dan Jabatan Pendaftaran Negara ketika PKP dari 18 Mac 2020 hingga ke 21 Nov 2021. - Gambar fail
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira, Datuk Red bercerai talak satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
"Curang adalah satu pilihan, setia adalah tanggungjawab" - Farid Kamil
Kemelut rumah tangga pasangan ini belum bernoktah apabila Farid enggan menceraikan Diana dengan alasan percaya hubungannya dengan isteri boleh diselamatkan.
'Siapa kata petik cili alasan minta cerai?' - Diana Danielle dedah cerita sebenar
Diana menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya menjelaskan dia membuat permohonan penceraian dua hari sebelum insiden berkenaan.
Wanita PH tubuh klinik guaman bantu kos penceraian
Inisiatif tersebut dibuat bagi membantu wanita menghadapi kesulitan dari segi kos guaman untuk menghadapi kemelut rumah tangga.
Bilangan menurun, 43,934 pasangan bercerai tahun lalu - Perangkaan
Jumlah kes perceraian di negara ini menurun 7.1 peratus daripada 47,242 kes pada 2020 kepada 43,934 tahun lepas, mengikut Stastistik Perkahwinanan dan Perceraian Malaysia 2022.
Ayam punya hal, Shakira pecat pekerja
Shakira didakwa memecat pekerjanya kerana enggan memanaskan ayam seperti yang diminta.
'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.
"Kau siapa, sila keluar tunjuk muka" - Ellie Suriaty persoal kewujudan kekasih Azri Iskandar
Menurut Ellie, biarpun telah berpisah, dia langsung tidak berdendam dengan Azri, namun isu tersebut membuatkan dia tidak senang dengan apa yang menimpa bekas suaminya itu.
Penyampai radio Fizi Ali dedah nyaris dihantar ke hospital sakit jiwa gara-gara...
Fizi Ali akui berada dalam fasa 'gelap' selepas bercerai.
Akaun pendeposit Tabung Haji culas bayar nafkah dicadang dibekukan - Ketua Hakim Syarie
Akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang culas membayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak dicadang dibekukan.
Perintah cerai, nafkah serentak jika dapat persetujuan bersama - Ketua Hakim Syarie
Perintah perceraian dan perintah nafkah hanya boleh dilaksanakan serentak sekiranya mendapat persetujuan bersama antara suami dengan isteri yang memfailkan kes.