MELAKA: Bilangan orang kena pengawasan (OKP) di Melaka merekodkan 2,032 individu sehingga Disember tahun lepas, meningkat 11.46 peratus berbanding 1,823 orang bagi tempoh yang sama pada tahun 2021.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata jumlah itu melibatkan individu aktif yang dikenakan perintah pengawasan meliputi 932 orang di daerah Melaka Tengah, 654 orang di Alor Gajah dan 446 orang di Jasin.
"Kita dapati saban tahun juga terdapat penagih baharu terutamanya dalam kalangan remaja bersekolah dan lepasan sekolah selain pelajar di institusi pengajian tinggi yang turut terjebak.
"Dadah musuh nombor satu negara yang perlu ditangani segera kerana ia boleh merosakkan masa depan generasi muda sekali gus melumpuhkan pembangunan fizikal dan rohani rakyat di negeri ini," katanya di sini semalam.
Terdahulu beliau merasmikan Program Sentuhan Kasih Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Melaka Tengah dan Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak (P3K) Daerah Melaka Tengah di Balai Raya Baruh Alai, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) negeri Datuk Akramuddin Abdul Aziz.
Mengulas lanjut Zainol berkata program Sentuhan Kasih JKPD dan seumpamanya juga dilihat sebagai satu inisiatif bagi mengingatkan semua pihak akan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan negara ini bebas daripada ancaman dadah.
Sementara itu Akramuddin berkata JKPD berhasrat meluaskan program membantu OKP menjalani kursus kemahiran jangka pendek secara percuma bagi membantu golongan itu mampu menjana pendapatan sendiri menyara kehidupan.
Katanya usaha itu bagi memberi peluang kepada golongan OKP berubah dan membina hidup baharu selepas terjebak dalam penyalahgunaan dadah dan keluar daripada belenggu penagihan.
"Justeru kita berharap mereka mengambil peluang ini untuk menyertai kursus asas seperti gunting rambut bagi lelaki dan kulinari untuk perempuan bagi memberi mereka kemahiran menambah pendapatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Zainol (dua, kiri) melawat ke ruang pameran selepas menyempurnakan Program Sentuhan Kasih JKPD dan P3K Daerah Melaka Tengah di Balai Raya Baruh Alai, Melaka, 4 Feb 2023. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah ditahan merusuh di Pantai Puteri
Seramai 23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah menengah ditahan kerana merusuh dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling pada 29 Mac lepas.
Wanita Kemboja kata 'Melayu malas', polis terima 14 laporan
Polis Melaka menerima 14 laporan polis berhubung seorang wanita Kemboja yang mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.
Indeks jenayah di Melaka catat peningkatan - Zainol
Daripada jumlah itu, jenayah samun berkawan tanpa senjata api merekodkan peningkatan paling ketara iaitu 64 kes atau 113.3 peratus.
Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan
Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik TM dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin.
Remaja dirogol dua lelaki Rohingya sebelum ditinggalkan di taman permainan
Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 dan 27 tahun direman selama tujuh hari bermula 21 September.
Kenal 11 hari, wanita rugi lebih RM1 juta akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada seorang lelaki yang dikenalinya di laman Instagram kononnya bagi tujuan pelaburan.
Pengajar kelas renang bakal berdepan 32 pertuduhan rogol anak tiri
Suspek berusia 36 tahun akan berdepan 32 pertuduhan termasuk merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek.
Pengemis warga asing raih RM500 sehari di bazar Ramadan
Polis menahan seorang individu warga tempatan berusia 35 tahun dipercayai dalang sindiket itu bersama tiga pengemis warga Thailand berusia antara 33 sehingga 46.
Bilangan OKP di Melaka meningkat tahun lepas
Ia meliputi 932 orang di daerah Melaka Tengah, 654 orang di Alor Gajah dan 446 orang di Jasin.
Suami isteri antara lapan ditahan dalangi sindiket pengedaran dadah antarabangsa
Kesemua suspek yang terdiri daripada beberapa nelayan tempatan itu dipercayai aktif sejak awal tahun 2022 lalu.