PUTRAJAYA:Bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin tahun lepas menurun sebanyak 1.2 peratus kepada 203,821 orang, berbanding 206,352 orang pada tahun sebelumnya, menurut laporan Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata laporan juga menunjukkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata seiring dengan penurunan jumlah perkahwinan, kadar perkahwinan umum bagi pengantin lelaki mencatatkan penurunan dari 50.7 kepada 50.1 per seribu populasi lelaki belum berkahwin dan berusia 18 tahun ke atas.
"Trend serupa juga direkodkan untuk pengantin wanita yang mencatatkan penurunan dari 47.0 kepada 46.2 per seribu populasi wanita belum berkahwin berusia 16 tahun ke atas," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Uzir berkata kadar perceraian umum bagi lelaki meningkat dari 6.5 kepada 7.2 per seribu populasi lelaki berkahwin berumur 18 tahun dan keatas, dengan kecenderungan serupa juga dilaporkan untuk wanita yang mencatatkan peningkatan dari 7.0 kepada 7.7 per seribu populasi wanita berkahwin.
"Purata umur pengantin lelaki kekal pada 28 tahun, manakala purata umur pengantin wanita meningkat dari 26 tahun (2018) kepada 27 tahun (2019)," katanya.
Mohd Uzir berkata peningkatan purata usia pengantin juga disebabkan oleh peningkatan purata usia ibu semasa kelahiran pertama yang meningkat 0.1 tahun dari 27.8 pada 2018 kepada 27.9 tahun lepas.
"Senario semasa menunjukkan kecenderungan perkahwinan lewat berlaku dalam kalangan mereka yang berpendidikan dan berusaha untuk memperkukuhkan kestabilan ekonomi masing-masing, terutama yang tinggal di kawasan bandar," katanya.
Beliau berkata keadaan itu sejajar dengan peningkatan kadar urbanisasi di Malaysia dari 70.9 peratus pada tahun 2010 kepada 76.2 peratus pada tahun 2019.
Mohd Uzir berkata statistik juga menunjukkan pengantin lelaki dan wanita yang paling tua direkodkan oleh jabatan itu tahun lepas adalah berusia 93 dan 86 tahun.
"Sebanyak 0.3 peratus pengantin lelaki berusia 65 tahun ke atas telah berkahwin dengan pengantin wanita yang lebih muda iaitu berusia sekitar umur 24 tahun dan ke bawah.
"Manakala 0.2 peratus pengantin wanita berusia 65 tahun ke atas telah berkahwin dengan pengantin lelaki lebih muda yang berumur 24 tahun ke bawah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020
Kadar perkahwinan umum bagi pengantin lelaki mencatatkan penurunan dari 50.7 kepada 50.1 per seribu populasi lelaki belum berkahwin dan berusia 18 tahun ke atas. - Gambar hiasan
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Tak pernah bercinta, Redza Rosli terus ajak Bella Hanna beli cincin dan lamar
Redza memberitahu dia mengajak Bella ke kedai emas untuk membeli cincin sebelum masing-masing meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati.
Dengan sekali lafaz, Redza Rosli kini suami hos Hlive, Bella Hanna
Pelakon Redza Rosli selamat bernikah dengan aktres dan hos program Hlive, Bella Hanna dengan sekali lafaz pada petang ini.
Pasangan terpendek di dunia berkahwin
Pasangan berasal dari Brazil yang dinobatkan individu terpendek di dunia oleh Guinness World Record (GWR) melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Giliran pemain Harimau Malaya, Matt Davies tamatkan zaman bujang
Pertahanan sayap kebangsaan, Matt Davies, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Jenna Vivian.
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Nabila Razali hadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ khas untuk suami
Ada beberapa hal yang sempat dikongsikan oleh penyanyi Nabila Razali sebaik sahaja statusnya berganjak dari tunangan orang kepada seorang isteri.
Ini lapan fakta menarik Dayang Anisha, bakal isteri Putera Mateen
Istiadat perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.
Ronaldo kahwin kali ketiga
Legenda bola sepak, Ronaldo Nazario secara rasmi berkahwin dengan model Celina Locks berusia 33 tahun di Ibiza hujung minggu lalu.
Pelakon Imran Aqil dan pempengaruh Dahlia Rizal selamat bernikah
Dengan sekali lafaz, pelakon Imran Aqil telah selamat bergelar suami kepada pempengaruh, Dahlia Rizal pada Sabtu.