Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang penari daripada pertuduhan berkelakuan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri, Ogos tahun lalu.
Majistret Mohd Faizal Ismail membebaskan Bilqis Hijjas, 37, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
"Selepas meneliti keterangan dan hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan,serta penilaian yang maksimum, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.
"Mahkamah percaya elemen seperti menghina, membangkitkan kemarahan dan keamanan mungkin terganggu, gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan," kata Mohd Faizal.
Beliau berkata kesalahan di bawah akta ini secara umumnya jarang dibawa ke mahkamah sehingga ke perbicaraan penuh kerana kebiasaannya tertuduh akan mengaku bersalah dan membayar denda.
"Bagaimanapun, mahkamah berpendapat kes-kes seperti ini pada masa kini tidak mustahil akan dibawa ke perbicaraan penuh.
"Berikutan kes seperti ini jarang berlaku, mahkamah perlu mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan selain ketiadaan rujukan kes-kes kesalahan seperti ini," katanya.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan lapan saksi pendakwaan sepanjang tempoh perbicaraan kes Bilqis yang didakwa berkelakuan menghina bertujuan membangkitkan kemarahan sehingga keamanan mungkin terganggu.
Pada 23 September tahun lepas, Bilqis, didakwa melakukan kesalahan membaling belon-belon kuning itu dari aras 5, pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang, di sini pada 3.15 petang, 31 Ogos 2015.
Anak perempuan arkitek terkenal tanah air Hijjas Kasturi itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100.
Perbicaraan kes Bilqis, yang juga dikenali sebagai 'Gadis Belon' selepas insiden itu bermula 24 Feb dan berakhir 2 Jun lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norakmal Farhan Aziz, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Bilqis yang tersenyum di dalam kandang tertuduh, sebaik sahaja mendengar keputusan itu.
Pada Hari Kebangsaan 31 Ogos tahun lepas, tujuh belon kuning dilepaskan dari tingkat lima di pusat beli-belah itu sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor menonton persembahan tarian pembukaan acara DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.
Belon-belon kuning yang dilepaskan itu antaranya tertera perkataan 'Democracy', 'Free media' dan 'Justice' berwarna hitam telah jatuh ke belakang skrin di aras dua.
Bernama
Fri Jul 01 2016
Balqis (tengah) diringi peguam Eric Paulsen (kiri) ketika keluar meninggallkan Mahkamah Majistret setelah dibebaskan daripada pertuduhan berkelakuan menghina pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri dan isteri tahun lalu. - Foto Bernama
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Bilqis Hijjas bebas tuduhan menghina lepas belon kuning
Majistret Mohd Faizal Ismail membebaskan Bilqis Hijjas, 37, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.