SEBUAH organisasi yang hebat bukan sahaja mempunyai tadbir urus yang cekap dan dinamik bahkan berupaya menterjemah strategi, misi dan visi organisasi dengan jelas agar dapat difahami oleh keseluruhan tonggak organisasi di semua lapisan pentadbirannya.
Untuk kekal relevan, setiap organisasi mesti bersedia untuk melalui proses mengkaji semula teras dan objektif kewujudan mereka supaya hala tuju yang telah diletakkan sebagai batu asas tidak pincang dan lari dari matlamat asal perjuangan sesebuah organisasi tersebut.
Mengambil Malaysia sebagai contoh, Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1990 merupakan hala tuju yang kukuh untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan negara perindustrian dalam tempoh 30 tahun.
Nilai KDNK Malaysia dijangka meningkat kira-kira RM920 bilion menjelang tahun 2020 berbanding RM115 bilion pada tahun 1990 dan ini adalah bersandarkan kepada keupayaan Malaysia untuk merealisasikan 9 cabaran strategik yang telah digariskan dalam wawasan tersebut.
Namun begitu, masa dan situasi tidak menyebelahi Malaysia maka kerajaan hari ini mengambil pendekatan yang proaktif mengubah sasaran wawasan untuk dijayakan menjelang tahun 2025. Pendekatan yang jujur dan berani ini membolehkan seluruh dasar kerajaan dapat diselarikan semula dengan aspirasi rakyat agar matlamat dan halatuju baru Wawasan 2025 dapat dicapai.
Sebagai sebuah dewan yang telah menjadi wadah kepada usahawan muslim lebih 25 tahun, DPIM juga telah mengambil pendekatan mengkaji semula visi, misi dan teras strategiknya samada masih lagi relevan sebagai asas dalam halatuju perjuangan dewan.
DPIM sedar bahawa dalam mendepani revolusi industri 4.0 serta cabaran ekonomi yang kian mencabar, dewan tidak sekadar wujud sebagai simbol atau jenama yang retorik dalam perjuangan semata-mata.
DPIM percaya dalam naratif Malaysia baharu, dewan perdagangan mesti berani ke hadapan menyatakan pandangan dan pada masa yang sama turut memberi input kepada kerajaan kaedah merangsang ekonomi negara yang memberi kebaikan kepada ahli dan komuniti bisnes secara kolektif.
Satu pemukiman bina wadah 2.0 yang melibatkan pimpinan tertinggi DPIM dan jawatankuasa DPIM di peringkat negeri dari Perlis hingga ke Labuan telah diadakan di Jerantut, Pahang.
Kali terakhir pemukiman DPIM diadakan adalah pada tahun 2007. Menurut Pengarah Bina Wadah 2.0, Saudara Abdul Razak Shahbudin, objektif pemukiman kali ini adalah melihat kembali visi dan misi terdahulu dan seterusnya membina satu set halatuju baru bersasar yang jelas dan praktikal untuk tempoh 3 hingga 9 tahun.
Seluruh pimpinan DPIM yang hadir turut diberi ruang untuk terlibat secara inklusif dalam membuat keputusan secara sistematik, telus dan bebas bagi memacu perubahan yang lebih dinamik untuk organisasi.
Pendekatan ‘Bottom Up Decision Making’ ini memberi ruang kepada seluruh ahli DPIM yang hadir menyatakan pandangan secara bebas, boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, berbincang secara konstruktif dan akhirnya bersama-sama mencapai kata sepakat dalam membuat keputusan terbaik untuk halatuju baru visi dan misi DPIM secara khusus.
Turut disepakati dalam pemukiman ini adalah 5 Teras Strategik DPIM baru yang akan menjadi tunjang kepada perjalanan organisasi untuk tempoh 9 tahun akan datang. DPIM turut bersetuju untuk memberi fokus dan komitmen menjayakan Jihad Bisnes, Industri Halal dan Waqaf Korporat sebagai misi DPIM untuk memberi keyakinan kepada komuniti bisnes muslim bahawa DPIM adalah wadah perjuangan bisnes yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah.
Program Bina Wadah 2.0 telah membina lembaran baru dalam gerakan organisasi berjamaah DPIM. Keakraban yang wujud dari pemukiman ini membuka ruang kerjasama melewati urusan bisnes semata-mata bahkan telah mengangkat sepasukan kepimpinan DPIM yang komited untuk menggerakkan halatuju baru DPIM ke peringkat akar umbi berdasarkan keputusan yang dipersetujui dalam Deklarasi Jerantut 2019 demi memacu perubahan yang praktikal dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh ekosistem ekonomi ummah.
* Mohsein Shariff adalah Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohsein Shariff
Thu Jan 24 2019
Setiap organisasi mesti bersedia untuk melalui proses mengkaji semula teras dan objektif kewujudan mereka. - Gambar hiasan
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Ahli Parlimen pembangkang diharap ambil pendekatan pragmatik pertimbang tawaran kerajaan
MCCC dan DPIM turut menekankan, Malaysia memerlukan kerjasama rentas parti bagi kelangsungan kerajaan untuk tempoh minimum 2-18 bulan.
Dewan Perniagaan Cina Labuan hantar cadangan tangani isu tambang udara
Cadangan dikemukakan ekoran aduan berterusan daripada rakyat - terutama komuniti perniagaan - yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kesukaran yang mereka alami.
Bina wadah memperkasa DPIM sebagai pemangkin ekonomi ummah
Dewan perdagangan mesti berani ke hadapan menyatakan pandangan dan pada masa yang sama turut memberi input kepada kerajaan kaedah merangsang ekonomi negara.
PM Najib hadir mesyuarat bersama Dewan Perniagaan Malaysia-Amerika
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri mesyuarat bersama anggota Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) di Bangunan Perdana Putra di sini.