awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biro Siasatan Kemalangan Udara mula siasatan insiden helikopter terhempas

Bernama
Bernama
27/10/2022
13:43 MYT
Biro Siasatan Kemalangan Udara mula siasatan insiden helikopter terhempas
Insiden pada 1.15 tengah hari itu berlaku ketika pesawat milik swasta berkenaan dalam perjalanan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh. - Gambar fail/ JBPM
CAMERON HIGHLANDS: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan dan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands memasuki lokasi nahas helikopter terhempas hari ini, bagi memulakan siasatan insiden berkenaan.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Shamsuri Mohd Nor berkata pasukan itu tiba di lokasi pada 2 petang tadi bagi menjalankan siasatan.
"Syarikat pengendali helikopter juga memasuki kawasan itu bagi memulakan siasatan dan membantu pegawai penyiasat di lokasi kejadian.
"Kita serahkan kepada BSKU untuk menjalankan siasatan dan berapa lama tempoh siasatan atau bila bangkai helikopter itu boleh dibawa keluar dari kawasan nahas kita tidak pasti," katanya ketika ditemui Bermama hari ini.
Pesawat yang dinaiki lima anggota pasukan perubatan dan seorang juruterbang itu terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands tengah hari semalam sewaktu melakukan pendaratan cemas.
Nahas Helikopter | Juruterbang mohon maaf
Insiden pada 1.15 tengah hari itu berlaku ketika pesawat milik swasta berkenaan dalam perjalanan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh.
Syarikat operator pesawat swasta berkenaan Layang Layang Group dalam kenyataan sebelum ini mengesahkan helikopter terlibat adalah di bawah kendalian mereka.
Pengurus Besar Kumpulannya Kapten Shahdon Poong berkata, laporan awal menunjukkan pesawat itu dalam penerbangan membawa petugas perubatan ke Tanjung Rambutan selepas berkhidmat di kawasan pedalaman Kampung Gawin, apabila ia terputus hubungan dengan Pusat Operasi Penerbangan Kumpulan Layang Layang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BSKU
#helikopter terhempas
#Cameron Highlands
#siasatan bermula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan