KOTA BHARU: Pemberian Bantuan Khas COVID-19 (BKC) oleh kerajaan diibaratkan sebagai 'durian runtuh' kepada penerima terutama mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Siti Nur Syazwani Mohd Azman, 21, dari Kampung Guchil Bayam berkata bantuan diberikan ketika tempoh sukar ini membuktikan kerajaan amat prihatin dengan nasib rakyat dan sekurang-kurangnya membantu meringankan beban penerima yang rata-rata terjejas pendapatan disebabkan penularan COVID-19.
"Jika sebelum pandemik, suami saya Muhamad Syaiful Nizam Husin, 23, yang bekerja sebagai buruh mampu memperoleh sekitar RM1,000, namun sejak penularan wabak ini pendapatannya agak terkesan disebabkan terpaksa melakukan penggiliran untuk bekerja iaitu hanya sekitar RM600.
"Dengan adanya bantuan secara langsung ini ia sangat membantu kami sekeluarga dalam membeli barangan keperluan harian memandangkan pendapatan saya sebagai pemotong rumput juga hanya ala kadar iaitu sekitar RM50 seminggu," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan berkenaan di Bank Simpanan Nasional (BSN), di sini hari ini.
Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai hari ini dan dijangka selesai pada 10 September, dengan dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan untuk pembayaran BKC.
Seorang lagi penerima Abdul Latif Abdul Rahman, 60, dari Kampung Langgar yang bekerja sebagai buruh berkata bantuan berkenaan sangat besar buat golongan berpendapatan rendah sepertinya dan akan dimanfaatkan sebaik mungkin khususnya dalam membeli keperluan harian.
"Malah, dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat menampung kehidupan saya memandangkan pendapatan saya agak merosot hingga sekali ganda sejak pandemik iaitu sekitar RM300 sahaja berbanding sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Pemberian Bantuan Khas COVID-19 (BKC) oleh kerajaan diibaratkan sebagai durian runtuh kepada penerima terutama mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19. - Bernama
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
PPZ-MAIWP sedia Bantuan Khas COVID-19
PPZ-MAIWP melihat ruang bantuan-bantuan lain bagi golongan tercicir yang bukan asnaf sedia ada tetapi perlu diberi perhatian.