awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BKP ringankan bebanan, tampung beli keperluan harian

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
26/10/2021
12:04 MYT
BKP ringankan bebanan, tampung beli keperluan harian
Tinjauan di Kedah mendapati, rata-rata yang ditemui menyatakan akan menggunakan wang terbabit bagi membeli kelengkapan harian, membuat pembayaran bil serta dijadikan modal pusingan bagi perniagaan kecil. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Pemberian Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 yang diberikan secara one-off bermula hari ini dilihat sedikit sebanyak membantu kumpulan penerima dalam menampung keperluan harian mereka.
Tinjauan di Kedah mendapati, rata-rata yang ditemui menyatakan akan menggunakan wang terbabit bagi membeli kelengkapan harian, membuat pembayaran bil serta dijadikan modal pusingan bagi perniagaan kecil.
Kerani syarikat swasta, Nurul Fatin Ismail, 31, berkata: "Dengan bantuan yang kerajaan bagi banyak ringankan beban golongan B40, contohnya dapat sikit sebanyak menampung perbelanjaan seperti bayar bil elektrik dan air.
"Baguslah kalau kerajaan teruskan membantu rakyat sebab tak semua orang berduit... kalau ada bantuan, sedikit sebanyak membantu," katanya.
BACA: PM umum bantuan RM500 secara 'one-off' mulai Selasa
Peniaga gerai, Mohd Sharul Amin Mohd Fauzan, 23, berkata: "Saya akan gunakan wang RM500 itu untuk membeli keperluan keluarga, bagi isteri dan anak-anak.
"Lebihannya akan digunakan untuk modal pusingan berniaga," katanya.
Penghantar makanan, Mohd Salahudin Mohd Sobri, 22, berkata: "Saya sebagai rider gaji kadangkala tak seberapa, kadang-kadang ada order, kadang-kadang tak ada... dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat ringankan beban saya dan keluarga," katanya.
BKP | Ringankan bebanan tampung beli keperluan harian
Pekerja sendiri, Nur Syahirah Saidon, 24, berkata: "Bantuan itu boleh bantu sedikit sebanyak, macam beli susu anak... beli keperluan makanan harian," katanya.
Penghantar gas, Mohd Amirul Najhan, 24, berkata: "Boleh tolong sikit bantuan dapur, tolong mak ayah sikit, alhamdulillah... syukur dapat duit boleh bantu sikit-sikit macam itu.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, BKP sebanyak RM500 akan diagihkan kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021 bermula hari ini.
Katanya, kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Topic Berkaitan
#BKP
#Bantuan Kehilangan Pendapatan
#Perdana Menteri
#suara rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan