awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
Salji tebal lumpuhkan Eropah: 6 maut, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BKSS 5.0: Ini hadiah Abang Jo buat orang Sarawak!

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2021
07:40 MYT
BKSS 5.0: Ini hadiah Abang Jo buat orang Sarawak!
Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 bernilai RM405 juta itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Khamis. - Gambar Fail
KUCHING:Sarawak hari ini mengumumkan lanjutan bantuan kepada rakyat negeri itu yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana banjir.
Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 bernilai RM405 juta itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Khamis.
Abang Johari turut memberitahu 11 langkah diambil kerajaan bagi membantu rakyat.
1. Diskaun bil elektrik lima hingga 25 peratus bil elektrik yang memberi manfaat kepada 642,000 isi rumah di Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.
2. Diskaun bil air 10 hingga 25 peratus yang memberi manfaat kepada 568,000 isi rumah di seluruh Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.
3. Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).
4. Pengeculian bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu.
5. Pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat milik kerajaan negeri.
6. Diskaun 25 peratus diberikan kepada taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 mulai Januari hingga Jun 2021.
BACA: Abang Johari umum pakej BKSS 5.0 berjumlah RM405 juta
7. Diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan perbadanan Pembangunan perumahan Sarawak (HDC) mulai Januari hingga Jun 2021.
8. Diskaun 30 peratus untuk pembayaran cukai tahan melibatkan kediaman, pusat komersial, industri, perladangan berskala besar dan kemudahan awam.
9. Pengecualian pembayaran lesen hotel secara sekali bayar kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021.
10. Penangguhan pembayaran premium tanah secara sekali bayar bagi tahun 2021 melibatkan tanah pertanian, kediaman, komersial dan industri serta institusi awam dan swasta.
11. Penangguhan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhanan (SPIKS) mulai Januari hingga Jun 2021.
Topic Berkaitan
#BKSS 5 0
#manfaat rakyat
#Bantu rakyat Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#Bantuan Khas Sarawakku Sayang
#Sarawakku Sayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan