awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blok A Menara Kinabalu dilimpahi air akibat kerosakan komponen 'Float Valve'

Bernama
Bernama
01/05/2025
09:30 MYT
Blok A Menara Kinabalu dilimpahi air akibat kerosakan komponen 'Float Valve'
Pihak pengurusan fasiliti tidak menutup pam air dengan segera, menyebabkan 34,000 liter air dipam dalam tempoh 45 minit. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Kerosakan pada komponen Float Valve tangki air simpanan sistem pencegah kebakaran di Aras 11, Blok A, Menara Kinabalu di sini semalam menyebabkan berlaku limpahan air di kawasan pejabat.

Ringkasan AI
  • Kerosakan pada komponen tangki air simpanan sistem pencegah kebakaran menyebabkan limpahan air di Aras 7 hingga 11 Menara Kinabalu.
  • Pihak pengurusan fasiliti tidak menutup pam air dengan segera, menyebabkan 34,000 liter air dipam dalam tempoh 45 minit.
  • Sistem lif ditutup serta-merta bagi mengelakkan kerosakan, sementara Jabatan Kerja Raya Sabah akan menyiasat kejadian bagi memastikan tiada unsur kecuaian.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Philemon Lajawai berkata kejadian pada 12.25 tengah hari itu mengakibatkan aras 7 hingga 11 blok terbabit ditakungi air meliputi kawasan seluas 2,588 meter persegi termasuk lif.
"Kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan pada 11.30 malam Rabu (30 April)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu kejadian itu tular menerusi media sosial memaparkan kawasan pejabat dilimpahi air.
Philemon berkata kelewatan pihak syarikat pengurusan fasiliti, Sinar Uni-Resources Sdn Bhd untuk menutup pam air telah mengakibatkan air melimpah dari aras 11 hingga 7.
Beliau berkata dianggarkan 34,000 liter air telah dipam secara berterusan dalam tempoh 45 minit yang telah mengakibatkan limpahan air tersebut dan komponen yang rosak telah digantikan serta-merta.
"Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan, penyelenggaraan dan bagi mengurangkan risiko kerosakan pada sistem lif, sistem pengoperasian lif (lapan lif) telah ditutup serta-merta semasa kejadian.
"Operasi satu lif petugas telah disahkan selamat pada 6 petang semalam, manakala satu lif kargo tidak terkesan insiden dan masih berfungsi seperti biasa," katanya.
Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah akan menjalankan siasatan secara terperinci berkaitan insiden itu untuk mengesahkan tiada unsur-unsur kecuaian dan mengelakkan perkara sama daripada berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerosakan Float Valve
#menara kinabalu
#limpahan air
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami