Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bebas untuk menubuhkan parti politik baharu, seterusnya membentuk blok pakatan pembangkang yang baharu selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini, ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau bagaimanapun yakin blok itu tidak akan mampu menandingi keutuhan Barisan Nasional (BN) yang telah lama berakar umbi di negara ini.
"Saya melihat bahawa kewujudan parti baharu atas mimpi berbeza akan memberi signal, kalau saya rakyat biasa saya tidak ada keyakinan. It is not enough being solid, mesti mempunyai kemampuan.
"Pada waktu sekarang macam dia (Tun Mahathir) sendiri tak diterima, Tan Sri Muhyiddin pun tidak diterima. Bagaimanapun adalah hak mereka untuk melakukannya atas pentas demokrasi," katanya kepada media pada majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen dan UMNO Kepala Batas, di Wisma UMNO di sini pada Sabtu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu juga mempersoalkan kewajaran Tun Dr Mahathir membentuk pakatan pembangkang yang baharu sedangkan beberapa pimpinan pembangkang sebelum ini tidak sependapat dalam menerima Deklarasi Rakyat yang diperjuangkan bekas Perdana Menteri itu.
"Kita hendak lihatlah wajah parti baharu ini bagaimana, apakah urban base, rural base, satu race? Apakah wujud hanya di kawasan bandar atau akan masuk ke segenap luar bandar. Wajah parti juga akan jadi persoalan di minda rakyat," tambahnya lagi.
Tun Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan akan membentuk parti dan blok pakatan pembangkang baharu yang bertujuan menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Pakatan itu melibatkan sebuah parti baru , PKR ,DAP dan parti Amanah Negara (Amanah).
Antara individu yang dikatakan berminat berhubung parti baru itu termasuklah Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.
Astro Awani
Sun Jul 17 2016
Reezal mempersoalkan kewajaran Tun Dr Mahathir membentuk pakatan pembangkang yang baharu sedangkan beberapa pimpinan pembangkang sebelum ini tidak sependapat dalam menerima Deklarasi Rakyat.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
'Pakatan Harapan sumpah takkan jamah pun duit rakyat' - Mukhriz
Pakatan Harapan (PH) bersumpah untuk tidak langsung 'menjamah' duit rakyat sekiranya mereka berjaya mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
UMNO komited bantu rakyat setiap masa - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan UMNO kini semakin kukuh berbanding pakatan pembangkang yang berada dalam keadaan 'kuchalana' akibat dilanda pelbagai masalah.
PAS berisiko kehilangan Kelantan - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata PAS berdepan risiko kehilangan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Sepakat pembangkang di Malaysia adalah pakatan 'ali baba' - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembangkang di Malaysia tidak mempunyai persefahaman untuk memilih siapa bakal perdana menteri jika mereka mendapat kuasa.
Kemampuan pembangkang untuk hadir di bawah parti yang sama dipertikai
Datuk Seri Salleh Said Keruak mempersoalkan kemampuan blok-blok pembangkang mereka untuk bergabung di bawah satu parti, lambang dan manifesto.
Pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dibincang - Lim Kit Siang
Cadangan penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dalam perbincangan, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.
'Putus kerjasama dengan DAP sesuai dengan kehendak Allahyarham Nik Aziz'
Tindakan PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah satu keputusan yang betul dan selaras dengan kehendak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.