Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tetap memberi perhatian dan keutamaan kepada sektor luar bandar selagi diberi mandat oleh rakyat untuk terus mentadbir negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mahu kawasan luar bandar dijadikan kawasan pertumbuhan ekonomi baharu untuk rakyat dan tidak kekal pada tahap sedia ada seterusnya mengurangkan penghijrahan generasi muda dari kawasan luar bandar.
“Masyarakat luar bandar penting bagi negara kita yang telah pun menjana hasil pengeluaran seperti pertanian perikanan dan juga bahan-bahan yang di perlukan oleh rakyat jelata.
“Keduanya ialah kerana ada keistimewaannya. Selain ia terdiri daripada penduduk- penduduk yang rajin bekerja, ia juga mempunyai kumpulan-kumpulan yang boleh menjana idea-idea baru.
"Dengan idea-idea itu, ia dapat menghasilkan pengeluaran produk atau pun perkhidmatan yang boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi,” tambah Muhyiddin.
Beliau berucap demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2015 di Rembau hari ini.
Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan kira-kira 10,000 orang.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan hadiah Kepada Pemenang Utama Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2015 iaitu Kampung Batu 16 dari Muar, Johor dengan Projek Inovasi Trak Pelbagai Guna, membawa pulang wang tunai RM50,000 dan lawatan ke luar negara.
Tempat kedua dimenangi Kampung Kundur Hulu Dari Rembau Negeri Sembilan dengan Projek Sabak Salai dan tempat ketiga oleh Koperasi Agro Belatik, Kampung Belatik, Sik, Kedah melalui Projek Inovasi Tanaman Padi Organik dengan masing-masing membawa pulang RM40,000 dan RM30,000 berserta lawatan ke luar negara.
Muhyiddin berkata, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) memainkan peranan penting dalam rancangan kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar terutamanya dalam menyediakan infrastruktur asas yang lengkap kepada masyarakat di kawasan itu.
Beliau berkata, melalui RMK-11 kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak diberi perhatian khusus di mana kerajaan amat memahami bahawa infrastruktur asas seperti jalan raya perlu dilengkapkan bagi menghubungkan rakyat.
Dalam RMK-11 ini juga, menurutnya kerajaan merancang untuk membina lebih banyak Program Latihan Teknikal dan Vokasional yang akan melatih generasi baharu dengan kemahiran.
Usaha berkenaan katanya, secara tidak langsung dapat memastikan generasi muda di luar bandar akan lebih terjamin dan berjaya.
Raffi Bachik
Sat May 23 2015
MUHYIDDIN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tetap memberi perhatian dan keutamaan kepada sektor luar bandar selagi diberi mandat oleh rakyat untuk terus mentadbir negara. - Foto Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.