Perbezaan ideologi dari dua pemimpin parti yang berbeza – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) tidak menghalang kedua-dua mereka untuk sepakat dalam satu perkara – kedua-dua parti yang mereka anggotai iaitu tidak mencapai satu ekspektasi terhadap beberapa isu dan perkara.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memohon maaf kerana kurangnya sokongan dan pendirian yang ditampilkan melalui partinya berhubung isu yang melibatkan etnik dan agama terutamanya dalam isu penggunaan kalimah ‘Allah’.

“Apa yang saya lihat tiada satu pendirian yang kukuh dari Pakatan Rakyat (isu kalimah Allah) dan apa yang terjadi disini, pendirian yang dinyatakan oleh UMNO telah membuatkan majoriti rakyat terpanggil untuk menyokongnya,” kata Rafizi pada forum pasca PRU13.

“Saya tidak berfikir adanya satu alasan yang baik dari PKR untuk tidak menjadi lebih kehadapan dalam sesuatu isu,” akui beliau.

Rafizi menegaskan kurangnya sokongan terhadap pendirian-pendirian yang diberikan oleh PR adalah kerana mereka tidak mengambil inisiatif untuk ‘berdiri sama tegak’ dengan BN-UMNO dalam memperdebatkan sesuatu isu dengan alasan untuk mengelakkan terjadinya keburukan.

“Namun saya sedar, dalam masa yang sama ini juga sebenarnya telah menjadi ketiga-tiganya (ahli Pakatan) begitu berhati-hati dalam untuk tidak menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat terutamanya dalam isu seperti yang berkaitan dengan gereja,”.

“Ini bukanlah langkah yang bijak untuk terus maju kehadapan. Kita tidak boleh lagi untuk bermain ‘sorok-sorok’ dalam kedudukan disisi masyarakat,”.

Rafizi juga berkata pemimpin Pakatan termasuk dirinya perlu melakukan sesuatu terutamanya dalam “muhasabah diri” untuk mencari jalan bagaimana untuk berdepan perkara-perkara seperti ini.

“Malah ini juga berkait rapat dengan prinsip. Pakatan akan berterusan berdepan dengan baying diri sendiri apabila berdepan dengan isu-isu berkaitan dengan bangsa dan agama dan kita seringkali dilihat jatuh dibawah telunjuk mereka-mereka yang memanipulasi isu-isu yang berbangkit,” katanya.

Walaupun Pakatan masih mengekalkan pendirian bahawa tiada hak esklusif dalam penggunaan kalimah Allah, namun ianya telah mengakibatkan kehilangan undi moral dikalangan orang Melayu yang tetap meraksakn kalimah tersebut milik kepada agama Islam.

“Kedudukan kita perlu kukuh untuk terus menerajui dan sedia bersedia di barisan hadapan masyarakat,” katanya.

Rafizi menzahirkan kerisauannya terhadap jurang perbezaan yang wujud antara kaum yang mana dicetuskan sendiri oleh ahli politik.

“Kita sebenarnya ‘bermain dengan api’ disini. Ini bukanlah mengenai memenangi kerusi sesuatu kawasan namun ianya menyebabkan orang ramai hilang keyakiann terhadap ahli politik. Kesemua, kebencian dan curiga ini akan menghancurkan kita akhirnya,” katanya lagi.

Semenatara itu pula, Datuk Saifuddin Abudllah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Keserderhanaan Global (GMMF) pula berpendapat tindakan kerajaan membuat keputusan untuk mengharamkan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) adalah sesuatu yang silap.

“Kerajaan tidak seharusnya mengisytiharkan COMANGO sebagai sesuatu yang tiadak sah. Beberapa ahli politik cuba menjadi mempolitikkan isu tersebut malah ada beberapa ahli politik pula cuba menjadi lebih bijak dalam membuat pertimbangan. Kesederhanaan harus ada dalam menenggelamkan suara-suara ekstrimis dalam isu ini,” katanya.

Saifuddin menjelaskan Comango bukanlah suatu platform undang-undang dan “tiada masalah akan timbul” jika gabungan ini terus bekerjasama dengan NGO dibawah payungnya.

“Saya faham sebelum PRU13, BN bagaikan terus mara ke hadapan melalui ucapan-ucapan kami yang begitu sentrik. Sebelum Pilihanraya UMNO pula..masyarakat pula dilihat menunjukkan kesetiaannya. Namun, serbuan JAIS dan isu COMANGO pula dilihat sebagai satu isu yang hanya menambahkan kebimbangan dan rasa tidak senang masyarakat,” .

Berhubung isu penggunaan kalimah Allah, Saifuddin menyatakan bahawa perkara tersebut tidak boleh menjadi bertangguh-tangguh kerana satu rumusan penutup perlu dicapai sebelum mahkamah mencapai persetujuan terhadap isu tersebut dalam masa beberapa bulan lagi.