awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Kelantan tidak tahu helah Che Johan

Marlina Manaf
Marlina Manaf
20/04/2013
07:52 MYT
BN Kelantan tidak tahu helah Che Johan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed menegaskan bahawa kepimpinan tertinggi BN Kelantan tidak dimaklumkan mengenai keputusan calon BN, Che Johan Che Pa untuk tidak bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas.
"BN Kelantan memandang serius isu ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan dari Jeli.
Jelas Mustapha, BN Kelantan terkejut dengan keputusan Che Johan itu dan merujuk kes tersebut kepada Lembaga Disiplin.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kerusi itu akan ditandingi antara calon bebas yang juga penyandangnya, Datuk Ibrahim Ali dengan calon Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas Che Johan yang hadir di pusat penamaan calon tidak menyerahkan borang pencalonannya.
8.42am: Calon BN Che Johan tiba di pusat penamaan calon P22. Baju Melayu bawa tuah @501awani #AwaniPRU twitter.com/marlinamanaf/s…
— Marlina Manaf (@marlinamanaf) April 20, 2013
P22: SPR sahkan cuma terima borang calon Bebas & Pas. Dua penjuru di Pasir Mas,@501awani #AwaniPRU twitter.com/marlinamanaf/s…
— Marlina Manaf (@marlinamanaf) April 20, 2013
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu kemudian memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti atas tindakannya menarik diri dan sedia menerima apa juga hukuman tatatertib daripada parti kerana tindakan luar jangka itu.
Sebelum ini ada desas-desus kononnya Che Johan mungkin akan menarik diri untuk memberi laluan kepada Ibrahim yang juga "guru politik" beliau bertanding. Namun, dalam kenyataannya kepada Astro AWANI, beliau menafikan desas-desus itu.
8.56am: Dua calon P22, tok guru vs anak didik. 71,965 pengundi tentukan wakil rakyat mereka @501awani #AwaniPRU twitter.com/marlinamanaf/s…
— Marlina Manaf (@marlinamanaf) April 20, 2013
Ibrahim dalam reaksinya berkata, tindakan Che Johan itu agak mengejutkan kerana ia berisiko. Namun beliau menghargai apa yang dilakukan oleh "anak murid"nya itu kerana memberi peluang kepada beliau untuk selesa bertanding satu lawan satu.
P22: "Tindakan Che Johan beri laluan, berisiko tinggi, terima kasih,"Ibrahim Ali yg pertahan kerusi dimenangi pada 2008 @501awani #AwaniPRU
— Marlina Manaf (@marlinamanaf) April 20, 2013
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa sebelum ini kecewa dengan BN kerana tidak menyenaraikan beliau sebagai calon sedangkan pada masa sama, menamakan Naib Presiden pertubuhan itu, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam.
Topic Berkaitan
#Ibrahim Ali
#Parlimen
#Pasir Mas
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan