Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat jika Barisan Nasional (BN) dipilih semula dalam Pilihan Raya Umum ke-13, pengalaman mentadbir selama 50 puluh tahun itu boleh digunakan untuk melaksanankan semua agenda yang terkandung dalam Manifesto BN 2013.
Beliau berkata pengalaman yang ada perlu digunakan untuk menjana pertumbuhan yang lebih besar, sama ada berkaitan dengan pembangunan ekonomi, pendidikan, belia, wanita atau pembangunan agama.
"Sebab itu dalam kita hendak menyediakan manifesto, kita mengambil kira apakah situasi dan keadaan sebenar dalam negara dan apakah yang diharapkan oleh rakyat kepada mana-mana pihak yang hendak menerajui negara," katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam program Soal Jawab Khas di TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib malam Isnin.
Muhyiddin berkata BN tidak boleh buat sesuatu di luar keupayaan, apabila ditanya adakah semua agenda yang dikemukekan dalam manifesto BN mampu dilaksananakan.
"Kita tidak boleh letak negara dalam keadaan yang terumbang ambing atau menghadapi masalah malapetaka hanya kerana kita berjanji kepada rakyat, dan kita tahu kita tidak boleh laksanakan," katanya.
Beliau turut menegaskan dalam proses penyediaan manifesto, BN telah memastikan tidak ada golongan yang tercicir kerana ia telah mengambil kira pandangan di peringkat akar umbi menerusi pelbagai program seperti program tinjauan mesra yang dilakukan oleh beliau dan Perdana Menteri.
"Penghasilan manifesto mengambil masa agak lama. Ada satu pasukan yang merancang, meneliti dan menyediakan draf dan bukan sekali dikupas tapi berkali-kali supaya tidak ada satu pun yang dianggap penting terkecuali atau tidak tersenarai dalam manifesto kali ini," katanya.
Misalnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tidak terkandung di dalam manifesto sebelum ini tetapi dilaksanakan oleh kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan, katanya.
Menyentuh mengenai mengapa rakyat perlu member mandate kepada BN untuk mentadbir Negara, beliau berkata demikian untuk memastikan Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
"Kalau kita hendak melihat masa depan yang lebih terjamin, situasi ekonomi yang lebih mantap, peluang lebih baik dan masa depan yang cerah, maka tentutlah mereka akan mencari pihak yang lebih berpengalaman," katanya.