KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri supaya keabsahan jawatan yang dipegang Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dimuktamadkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, ia bagi mendiamkan pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata walaupun ada pihak mengatakan langkah itu berisiko, namun ia adalah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dalam pembentukan kerajaan baharu.
Katanya, pelantikan Anwar telah diputuskan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlunaskan Perlembagaan berdasarkan peruntukan mengikut Perkara 43(2)(a) menetapkan dua syarat lantikan Perdana Menteri.
"Justeru, semua pihak perlu menghormati keputusan dan kebijaksanaan tersebut. Tidak perlu lagi pihak mempertikaikan keputusan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara. Janganlah umpama rumah siap, pahat berbunyi.
"Marilah kita sama-sama menjunjung titah dan menghormati perkenan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan negara," katanya menerusi perkongsian di Facebook beliau di sini, pada Ahad.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, BN perlu bergerak ke depan dan bersama-sama membina negara ke arah kemakmuran dan kestabilan.
Dengan itu, katanya, BN menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti.
"BN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama.
"Sebelum itu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atau apa-apa bentuk kerajaan lain yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.
"Apabila BN bersetuju menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, maka proses-proses berkaitan dilaksanakan oleh pihak Istana Negara.
"Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara berkaitan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 turut diadakan bagi memastikan ketelusan berlangsung sebelum memuktamadkan keputusan," jelasnya.
Astro Awani
Sun Nov 27 2022

Ahmad Zahid berkata, pelantikan Anwar telah diputuskan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlunaskan Perlembagaan. - Gambar fail

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.
![[TERKINI] Angka korban meningkat lebih 2,300 di Turkiye, Syria [TERKINI] Angka korban meningkat lebih 2,300 di Turkiye, Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008290/26418236181675699722526_640x360.jpg)
[TERKINI] Angka korban meningkat lebih 2,300 di Turkiye, Syria
Angka korban gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye dan utara Syria mencecah lebih 2,300 orang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi Turkiye: Wisma Putra berjaya hubungi 12 rakyat Malaysia
Wisma Putra akan terus berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan terkini semua rakyat Malaysia di Turkiye.

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei, Thaipusam
Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan membawa membawa keceriaan, kesejahteraan dan keamanan kepada yang menyambutnya.

Permohonan BYDPA tahun 2023 bermula 30 Januari hingga 3 Mac
Syarat permohonan BYDPA Tahun 2023 adalah warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jan 2023.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.

Agong titah bangunkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya unggul, mampan
Al-Sultan Abdullah berharap bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan diberikan tumpuan khusus.

Istiadat pengurniaan pingat Wilayah Persekutuan yang terakhir disempurnakan Agong
Istiadat kali ini adalah yang terakhir disempurnakan Al-Sultan Abdullah yang bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mulai 31 Jan 2019.

Agong berkenan lancarkan Karnival MAIWP 2023
Yang di-Pertuan Agong melancarkan Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023 di Dataran Merdeka.

Agong, Permaisuri berangkat ke Karnival MAIWP 2023
Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan pelancaran karnival yang julung kali diadakan itu.

Agong, Raja Permaisuri santuni rakyat Pulau Langkawi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyantuni rakyat dan mengunjungi beberapa tempat di Pulau Langkawi, Kedah.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.