awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM diminta memperketat syarat buka akaun bank

Bernama
Bernama
03/09/2020
07:43 MYT
BNM diminta memperketat syarat buka akaun bank
KDN mewujudkan portal bagi membolehkan orang ramai menyemak sekiranya akaun bank individu terbabit pernah dilaporkan kepada polis menerusi laman sesawang ccid.rmp.gov.my/semakmule.
Bank Negara Malaysia (BNM) diminta memperketatkan syarat ke atas individu yang mahu membuka akaun bank, bagi menangani kes penipuan dalam talian yang semakin meningkat dalam negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata selain itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta kerjasama daripada syarikat telekomunikasi supaya menyalurkan segera identiti serta maklumat pemilik akaun melibatkan pemanggil yang melakukan jenayah penipuan.
"Kita selalu hadapi masalah identiti pemanggil kerana menggunakan nombor telefon didaftarkan di negara kita atau luar negara dan pemiliknya tidak dapat dikenal pasti. Keduanya mereka ini selalu berhubung melalui internet dan juga 'Voice Over Internet Protocol' (VoIP), sehingga sukar dikenal pasti.
"Perkara ini dalam perhatian serius PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana jenayah penipuan semakin meningkat, pastinya melibatkan dan menjejaskan sedikit sebanyak ekonomi negara kita," katanya ketika sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan Persidangan Dewan Negara hari ini, semasa menjawab soalan tambahan Senator Datuk Bashir Alias yang bertanyakan cabaran dihadapi polis dalam menangani kes-kes penipuan dalam talian di Malaysia.
Terdahulu, Ismail memberitahu antara usaha lain KDN adalah mewujudkan portal bagi membolehkan orang ramai menyemak sekiranya akaun bank individu terbabit pernah dilaporkan kepada polis menerusi laman sesawang ccid.rmp.gov.my/semakmule.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Bashir yang mahukan penjelasan tentang usaha dilaksanakan KDN bagi membanteras kes penipuan dalam talian seperti Macau Scam, Love Scam dan African Scam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#Dewan Negara
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Macau Scam
#Malaysia
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan