JENAYAH rasuah dalam apa-apa bentuk sekali pun perlu dibenteras dengan serius oleh semua pihak. Jenayah rasuah dalam apa-apa bentuk sekali pun tidak boleh dibiarkan berlaku dalam negara kita sekiranya kita ingin menjadikan negara kita sebuah negara yang bebas daripada jenayah rasuah. Pihak kerajaan khususnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) boleh memberi pertimbangan untuk mengkaji dengan terperinci serta memberi pertimbangan untuk jadikan amalan bodek-membodek bagi mendapatkan sesuatu sebagai sebahagian daripada jenayah rasuah dan boleh didakwa dibawah mana-mana peruntukkan undang-undang yang berkaitan dengan rasuah yang ada dalam negara kita.
Apa itu rasuah? Mengikut takrifan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan disini selalunya terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Masalah sekarang suapan disini selalunya difahami oleh orang ramai sebagai perkara yang melibatkan pertukaran wang atau benda-benda yang berharga, nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar seperti wang, hadiah, kontrak, harta benda dan lain-lain lagi.
Mengikut takrifan suapan di bawah Seksyen 3 Akta SPRM 2009 [Akta 694] pula suapan ertinya (a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain; (b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; (c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;(d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan; (e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; (f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan (g) apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f). Menurut takrifan yang diberikan ini jelas kepada kita bahawa secara umumnya suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta/menerima rasuah (Seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009), menawar/memberi suapan (Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18 Akta SPRM 2009) dan menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam (Seksyen 23 Akta SPRM 2009).
Tidak ada status jelas mengenai amalan bodek-membodek untuk dapatkan sesuatu sebagai sebahagian daripada suapan atau pun rasuah. Bagi menjadi amalan bodek-membodek untuk mendapatkan sesuatu ini sebagai sebahagian daripada jenayah rasuah, pindaan perlu dilakukan terhadap segala peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Akta 2009 [Akta SPRM 694] dengan meletakkan kesalahan bodek-membodek itu sendiri dengan lebih jelas supaya isu ini dapat difahami dengan lebih baik dan diatasi dengan lebih sempurna dalam negara kita.
Perlu diketahui amalan bodek-membodek untuk mendapat sesuatu patut juga dijadikan sebahagian daripada jenayah rasuah kerana walaupun ia tidak melibatkan pemberian atau pertukaran barangan tertentu seperti wang, hadiah, kontrak, harta benda dan lain-lain lagi untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan, amalan bodek-membodek juga sedikit sebanyak mempunyai kesan yang buruk sama seperti jenayah rasuah. Jika seseorang itu diberikan sesuatu sebagai balasan atas usaha bodek-membodek yang dilakukannya terhadap mana-mana pihak yang berkepentingan sedangkan mereka memang tidak layak untuk memiliki balasan terbabit sudah pasti ia akan memberi impak atau kesan buruk pada organisasi yang terlibat, kesan buruk kepada masyarakat serta kesan buruk kepada negara secara keseluruhannya. Kesan buruk bodek-membodek ini juga boleh menimpa kepada diri orang yang dibodek di mana mereka yang dibodek ini akan sentiasa hidup dalam dunia khayalan atau fantasi mereka sendiri akibat sentiasa dibodek oleh pembodek.
Sekiranya kita membendung amalan bodek-membodek ini ia boleh mengundang persepsi negatif di kalangan orang ramai yang akan beranggapan amalan bodek-membodek ini menjadi satu kemestian untuk dilakukan oleh mereka dalam negara kita untuk mendapatkan sesuatu daripada mana-mana pihak yang berkepentingan tanpa perlu melibatkan keringat tenaga dan usaha. Sekiranya perkara ini tidak dihentikan dari sekarang nescaya amalan bodek-membodek ini akan menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat kita serta akan merosakkan imej negara kita di mata dunia. Oleh yang demikian adalah penting supaya pihak kerjaaan melalui pihak-pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi amalan bodek-membodek ini dalam negara kita. Sudah sampai masanya kita melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki integriti yang tinggi serta akhlak yang baik. Cadangan ini boleh dibawa terus kepada pihak SPRM atau pihak GIACC untuk kajian dan penelitian lanjut serta dijadikan sebahagian daripada usaha atau agenda untuk memerangi segala bentuk kesalahan atau jenayah rasuah dalam negara kita.
* Penulis merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Muzaffar Syah Mallow
Thu Jan 28 2021

Sekiranya tidak dihentikan dari sekarang, nescaya amalan bodek-membodek akan menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat serta merosakkan imej negara di mata dunia.

Niaga AWANI: Prestasi Bitcoin dan komen Gates, Yellen

Niaga AWANI: Analisis kesan imunisasi kepada Bursa, Ringgit

Beza tandatangan digital dengan elektronik dalam menentusahkan identiti penandatangan dokumen
Operasi dan transaksi perniagaan semestinya perlu diteruskan demi menjaga kelangsungan perniagaan yang telah diusahakan sekian lama.

AWANI Pagi: Lawan helah fahaman anti-vaksin di dunia digital
Bagaimana untuk melawan fahaman anti-vaksin di dunia digital? Nak tahu? Kita bersama Penganalisis Politik & Media Sosial, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy untuk perkembangan lanjut.

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

AWANI Ringkas: EU disaran wujud sijil digital vaksin seragam

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy
Khairy menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892597/9449734071614300202360_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 25 Februari 2021.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Ia dijangka akan mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi.

Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson mati lemas
Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah tasik berhampiran rumah percutiannya di bandar Rincao do Inferno, selatan Brazil.

Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela
Pembela berkata Menteri Undang-undang perlu melihat balik perlembagaan dan mengemukakan pindaan supaya undang-undang ini tidak dicabar lagi pada masa depan.

Menyusuri Kuasa Negeri dan Persekutuan pasca penghakiman Mahkamah Persekutuan
Penghakiman hari ini jika diteliti tidak langsung memberikan hak atau kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bebas mengamalkan ajaran seks songsang dalam mana-mana inci ruang negara kita.

Aspirasi Astro bersama anak seni #StopPiracyLah #NoToLanun
Astro bekerjasama dengan pihak berkuasa dan rakan kandungan untuk menghantar mesej bahawa cetak rompak kandungan ialah suatu perbuatan yang salah.

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain.

Pesakit kanser tahap empat ditemui maut direnjat elektrik
Seorang pesakit kanser tahap empat ditemui meninggal dunia dengan kesan renjat elektrik dalam kejadian di rumah dua tingkat di Taman Seri Arowana, Seberang Jaya.

Isu murtad: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tiada kuasa bicara kes wanita Indonesia
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan dakwaan murtad membabitkan seorang wanita Islam bukan warga Malaysia yang tular baru-baru ini.

Kawal dan komunikasi, dua elemen elak anak terjerumus dalam penipuan internet
Kurang mahir menggunakan internet bukan alasan untuk tidak memantau setiap perlakuan dan tindak tanduk anak-anak.

Tiada dakwaan terhadap pegawai polis yang terlibat dalam kematian Daniel Prude
Kematian lelaki kulit hitam berusia 41 tahun pada Mac lalu mencetuskan tunjuk perasaan di Rochester, New York.