awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Audit penyata kewangan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tertangguh 18 tahun
Kebakaran pusat beli-belah Karachi, 26 mayat dibawa keluar, puluhan masih hilang
Lisa BLACKPINK hiasi poster baharu kempen pelancongan Thailand 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Fadillah adakan kunjungan hormat ke atas Tun Musa Aman

Bernama
Bernama
13/07/2025
15:03 MYT
TPM Fadillah adakan kunjungan hormat ke atas Tun Musa Aman
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu hari ini. - Foto Facebook Fadillah Yusof
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam perkongsian di laman Facebook rasminya berkata kunjungan tersebut merupakan yang pertama selepas Tun Musa dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 pada 1 Jan lepas.
"Kunjungan ini adalah sebagai tanda hormat kerana saya belum berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun sekali gus memberi penerangan mengenai perancangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam membantu negeri Sabah melibatkan sektor tenaga dan air," katanya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri beliau turut memaklumkan mengenai Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bersama kerajaan Sabah dan pelaksanaan program Skuad PETRA selama dua hari bermula esok.
"Tuan Yang Terutama Tun turut meminta saya berbincang lebih mendalam dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi mencari ruang dalam membangunkan Negeri Di Bawah Bayu ini sekali gus membolehkan rakyat Sabah menerima manfaat dan membantu pembangunan negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#kunjungan hormat
#Musa Aman
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan