awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malang bertimpa buat Destiny Udogie, kereta dipecah masuk ketika aksi Spurs
Raja Maghribi sah sertai Lembaga Keamanan Gaza
Kerajaan Gaza sedia pindah kuasa kepada jawatankuasa teknokratik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boikot Foodpanda: Tiada perbincangan dalam Kabinet - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/10/2019
03:52 MYT
Boikot Foodpanda: Tiada perbincangan dalam Kabinet - Tun Mahathir
Syed Saddiq (dua dari kiri) ketika mendengar pandangan wakil penghantar makanan Foodpanda. Dr Mahathir menyifatkan pandangan Syed Saddiq bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian Kerajaan. -Gambar fail
Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa isu boikot bagi penghantar makanan, Foodpanda tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet.
Perdana Menteri menyifatkan pandangan dan pendirian yang dikemukakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian Kerajaan.
BACA: 'Keangkuhan bukan penyelesaian' - Syed Saddiq tegur Foodpanda
Malah, beliau yakin Syed Saddiq mempunyai alasan tersendiri mengeluarkan kenyataan terhadap polisi baharu syarikat itu.
“Itu pendapat dia, dia tidak bincang dalam Kabinet. Itu bukan pendirian Kerajaan.
"Mungkin dia ada sebab kenapa dia buat kenyataan itu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Semalam, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menerusi akaun Twitter miliknya mengingatkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda supaya tidak angkuh.
Kenyataan itu susulan kenyataan Pengarah Urusan FoodPanda, Sayantan Das yang membayangkan syarikat itu tiada masalah dengan tindakan mogok terhadap skim pembayaran baharu mereka.
Topic Berkaitan
#bersifat peribadi
#FoodPanda
#Mahathir Mohamad
#penghantar makanan
#Sayantan Das
#skim pembayaran baharu
#syarikat perkhidmatan penghantaran makanan
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan