Skip to main content

Dunia

Kontena hanyut dipenuhi iPhone, barangan mewah selepas kapal kargo karam di Selat Hormuz

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan beberapa bot nelayan berusaha mengumpulkan barangan yang terapung di laut. - Foto X/ARIKA
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan beberapa bot nelayan berusaha mengumpulkan barangan yang terapung di laut. - Foto X/ARIKA

Advertisement

TEHRAN: Nelayan Iran dilaporkan berpusu-pusu ke laut untuk mengutip pelbagai barangan yang terapung selepas sebuah kapal kontena karam di Selat Hormuz, laluan perkapalan strategik yang turut berdepan ancaman serangan dan periuk api laut.

Menurut laporan media, kapal kontena GFS Pride tenggelam bersama lebih 2,500 kontena, menyebabkan pelbagai barangan termasuk telefon pintar iPhone, minyak wangi keluaran Perancis dan produk pengguna lain dihanyutkan arus ke perairan sekitar Teluk.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan beberapa bot nelayan berusaha mengumpulkan barangan yang terapung di laut, malah sebuah bot kecil dilihat cuba menunda sebuah kontena yang masih terapung.

Semua 21 anak kapal dilaporkan terselamat dalam insiden itu.

Kejadian berkenaan berlaku ketika Selat Hormuz kekal antara kawasan perairan paling berisiko di dunia susulan ketegangan serantau dan ancaman terhadap kapal perdagangan yang melalui laluan tersebut.

Pemandangan nelayan mencari barangan elektronik dan barangan mewah yang hanyut di laut mencetuskan perhatian ramai, sekali gus mewujudkan situasi luar biasa di perairan yang lazimnya dikaitkan dengan risiko keselamatan maritim dan konflik geopolitik.

Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak dan barangan global, dengan sebahagian besar penghantaran tenaga dunia melalui perairan berkenaan setiap hari.

Setakat ini, tidak diketahui jumlah sebenar kontena yang masih terapung atau nilai keseluruhan kargo yang hilang akibat kejadian tersebut.

 

 

Must Watch Video

Advertisement