awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boleh dine-in di restoran dan kedai makan, itu pendirian Sabah - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
10/07/2021
02:58 MYT
Boleh dine-in di restoran dan kedai makan, itu pendirian Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, keputusan itu (dine-in) adalah pendirian Kerajaan Negeri Sabah.
KOTA KINABALU: Sabah sekali lagi mengulangi keputusan untuk kekal membenarkan operasi dine-in di restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, arahan untuk membenarkan aktiviti itu telah dibenarkan semasa Sabah masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.
"Aarahan untuk membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan Kerajaan Negeri Sabah pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara - Fasa 1 masih berkuat kuasa.
"Ini pendirian kita (kerajaan Sabah)," kata Hajiji dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu.
BACA: Sabah benarkan dine-in di restoran dan gunting rambut mulai esok
Pada 28 Jun lalu, Hajiji dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Sabah membenarkan aktiviti dine-in di restoran, kedai makan dan restoran dalam hotel. Bukan sahaja itu, Sabah turut membenarkan kedai gunting rambut beroperasi.
Bagaimanapun, pengumuman kerajaan negeri itu mendapat pelbagai reaksi peniaga kedai makan dan restoran.
Ada yang membuka kedai makan untuk aktiviti dine-in dan ada juga yang mengambil keputusan untuk menawarkan perkhidmatan bawa pulang sahaja susulan tiada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan.
Bagaimanapun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kerajaan negeri telah mengemukakan SOP baharu bagi Sabah kepada Kerajaan Pusat dan masih menunggu perwartaan SOP tersebut.
BACA: Sandakan benarkan dine-in di restoran mulai esok - Presiden MPS
BACA: Tiada kompaun bagi aktiviti dine in di Kota Kinabalu - Datuk bandar
Selain itu, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membenarkan aktiviti dine-in bermula 3 Julai lalu dengan dua pelanggan bagi satu meja selain hanya 50 peratus individu dalam restoran atau kedai makan.
Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut membenarkan operasi dine-in di bandaraya itu.
Topic Berkaitan
#aktiviti dine-in
#dine-in Sabah
#Sabah
#Hajiji Noor
#Pelan Pemulihan Negara
#dine-in dibenarkan
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan