awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bolot Vaksin: "Saya cakap tentang durian, Duta EU cakap pasal rambutan" - Khairy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/06/2021
08:43 MYT
Bolot Vaksin: "Saya cakap tentang durian, Duta EU cakap pasal rambutan" - Khairy
Khairy Jamaluddin menegaskan, isu utama yang menjadi perhatiannya adalah pembelian vaksin oleh blok itu yang melebihi daripada keperluan dan populasi penduduk. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menyifatkan Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia, Michalis Rokas tidak faham berhubung kritikannya terhadap EU.
Khairy berkata, isu utama yang menjadi perhatiannya adalah pembelian vaksin oleh blok itu yang melebihi daripada keperluan dan populasi penduduk.
Bagaimanapun, Rokas, sebaliknya, mempertikaikan bahawa Malaysia sudah membeli jutaan dos vaksin daripada negara anggota EU termasuk dari Belgium.
"Saya rasa dia tidak faham apa yang saya sebut. Saya bukan cakap tentang vaksin yang kita beli dari Belgium dan memang sudah dapat lebih empat juta.
"Itu vaksin yang kita beli. Malaysia sudah bayar pun. Saya sebut tentang pembelian vaksin EU sehingga melebihi keperluan penduduk mereka. Mereka dah beli vaksin ratusan juta dos
"Bukan sahaja EU, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US)... semua negara maju membeli melebihi populasi... (dan) ia banyak kali (berlaku)," katanya dalam sidang media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ibu mengandung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Jelas Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Malaysia hanya membeli vaksin pada kadar 120 peratus daripada populasi penduduk.
Bagaimanapun, Khairy menegaskan, terdapat segelintir negara termasuk UK membuat pembelian vaksin sehingga lima kali ganda daripada populasi penduduk mereka.
"Itu maksud saya. Bukan sekatan vaksin yang kita sudah beli. Saya berterima kasih kepada EU kerana tidak sekat perolehan vaksin berkenaan.
"Bila dia bagi jawapan sebegitu, (seolah-olah) saya cakap tentang durian, dia cakap pasal rambutan," ujar Khairy lagi.
BACA: Kesatuan Eropah nafi bolot vaksin COVID-19
Sebelum ini, Khairy mendedahkan, terdapat beberapa buah negara Eropah yang memonopoli agihan sehingga mengakibatkan kadar vaksinasi di negara ini agak ketinggalan.
Kartel itu dipercayai berunding terus dengan pembekal vaksin bagi membolehkan pembelian dapat dibuat secara pukal.
Bagaimanapun, Rokas menafikan, EU membolot vaksin.
Kata Rokas, segala permintaan daripada kerajaan Malaysia berhubung agihan vaksin ke negara ini sudahpun diluluskan tanpa masalah oleh Sekretariat EU.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#EU sorok vaksin
#Pembelian vaksin negara maju
#vaksinasi
#COVID-19
#Michalis Rokas
#Duta EU
#Kesatuan Eropah
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan