awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom lama di Kluang berjaya dimusnahkan

Bernama
Bernama
29/08/2024
12:20 MYT
Bom lama di Kluang berjaya dimusnahkan
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata bom yang berjaya dimusnahkan kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai digunakan ketika perang dunia kedua. - Gambar fail/FB Polis Daerah Kluang
KLUANG: Bom lama jenis Aeriel 500 Ibs yang ditemui semasa kerja pembersihan di kawasan perumahan berhampiran Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, Selasa lepas berjaya dimusnahkan hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata bom yang berjaya dimusnahkan kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai digunakan ketika perang dunia kedua.
Beliau berkata kerja-kerja pemusnahan berkenaan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Pemusnah Bom (UPB) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
"Sebelum itu pada Selasa, penemuan bom lama terbabit dilaporkan di Balai Polis Renggam oleh pekerja syarikat pemaju yang membersihkan kawasan tapak perumahan berhampiran Taman Sri Lambak.
"Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota UPB daripada IPK Johor serta IPD Kluang dikejarkan ke lokasi penemuan bom itu dengan tujuan untuk pemusnahan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata ketika kerja pemusnahan dilakukan, lubang tempat memusnahkan bom itu runtuh sehingga ia ditangguhkan dan dalam masa yang sama mengakibatkan dua anggota UPB cedera serta dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.
"Kerja-kerja memusnahkan bom lama itu kemudiannya dilakukan pada hari ini dan ia berjaya kira-kira pada pukul 5 petang tadi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom lama
#dimusnahkan
#Aeriel 500 Ibs
#Polis Daerah Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan