awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Beaufort

Sinar Harian
Sinar Harian
30/08/2021
04:53 MYT
Bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Beaufort
Sepasukan anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap bom lama yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Taman Wawasan, Beaufort pada Ahad. -Foto Sinar Harian
BEAUFORT: Sebutir bot lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di kawasan tapak pembinaan perumahan berhampiran Taman Wawasan di sini pada pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, bom itu ditemui sekumpulan pekerja binaan yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.
Susulan penemuan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sebaik menerima laporan itu, sepasukan polis dikerah ke lokasi untuk pemeriksaan.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui sebutir bom lama dipercayai peninggalan daripada kejadian Perang Dunia Kedua.
"Siasatan mendapati bom lama itu ditemui oleh pekerjaan binaan ketika melaksanakan pembersihan tapak perumahan yang bermula sejak Mei lalu.
"Bom itu dipercayai merupakan bom dari jenis 'Air Drop' yang digugurkan oleh Tentera British dengan menggunakan pesawat udara namun tidak meletup," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, bom sepanjang hampir satu meter dan berat lebih 220 kilogram itu dikawal sehingga proses memusnahkan bom itu dilaksanakan pada Isnin.
"Anggota polis memasang tali garisan polis untuk mengelak orang ramai menghampiri atau mendekati lokasi berkenaan.
"Bom lama itu akan dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada pagi ini (Isnin)," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bom lama
#air drop
#tentera British
#Perang Dunia Kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan