awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba ambil langkah lepaskan gas ammonia ke udara

Bernama
Bernama
03/09/2019
20:39 MYT
Bomba ambil langkah lepaskan gas ammonia ke udara
Tey berkata, sekiranya kadar bacaan bahan kimia menunjukkan ada berlaku pencemaran udara, pelepasan gas ammonia itu akan dihentikan. - Gambar fail
Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengambil tindakan melepaskan gas ammonia yang terperangkap dalam saluran paip secara berperingkat di sebuah kilang memproses ayam di Merlimau, malam tadi.
Exco Perumahan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew kerja-kerja pelepasan itu dilakukan bermula kira-kira pada pukul 10.00 malam dan dijangka mengambil masa selama 10 jam.
"Kadar bacaan bahan kimia itu menunjukkan penurunan daripada 500 ppm (bahagian setiap juta) kepada kira- kira 30 ppm hanya dalam 45 minit," kata Tey.
"Dalam masa yang sama pasukan bomba akan melakukan pemeriksaan berkala setiap dua jam dengan mengukur bacaan kandungan gas di kawasan pada radius kira-kira tiga kilometer dari kawasan kilang," katanya pada sidang media, pusat operasi, di sini, malam tadi.
Katanya sekiranya bacaan yang diperoleh menunjukkan ada berlaku pencemaran udara pelepasan itu akan dihentikan.
Tey berkata sehingga jam 11.30 malam tadi, hanya 11 mangsa yang masih dirawat di Hospital Melaka berbanding 26 orang pada siangnya.
Beliau meminta orang ramai agak tidak cemas kerana keadaan adalah terkawal dan mendapatkan berita daripada sumber yang sahih.
Sementara itu, Pegawai Daerah Jasin Datuk Anis Ali Hasan berkata sebagai langkah awal dua pusat pemindahan sementara dibuka masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum di Jasin dan SMK Ayer Molek, Melaka Tengah pada jam 9.45 malam tadi.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anis Ali Hasan
#bomba
#gas ammonia
#gas terperangkap
#Hazmat
#Hospital Melaka
#JBPM
#kilang memproses ayam
#Merlimau
#pemeriksaan berkala
#pencemaran udara
#pusat pemindahan
#rawatan
#sekolah
#Tey Kok Kiew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan