awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba giat kesan warga emas hilang ketika menjala di longkang besar

Bernama
Bernama
03/11/2025
03:00 MYT
Bomba giat kesan warga emas hilang ketika menjala di longkang besar
Operasi pencarian malam tadi meliputi radius 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang dan turut disertai anggota polis, penduduk kawasan berkenaan serta ahli keluarga mangsa.
KUALA LUMPUR: Bomba giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga emas yang dipercayai hilang ketika menjala ikan di sebuah longkang besar di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.47 malam sebelum lapan anggota bersama-sama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa berusia 74 tahun itu dikenali sebagai Saharun Hashim dan tinggal di Taman Lestari Putra.
"Operasi pencarian malam tadi meliputi radius 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang dan turut disertai anggota polis, penduduk kawasan berkenaan serta ahli keluarga mangsa.
"Pencarian awal menjumpai motosikal milik mangsa di lokasi. Operasi ditangguhkan pada 10.20 malam tadi selepas mangsa masih gagal ditemukan dan disambung semula pada 8 pagi ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#menjala
#longkang besar
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan