awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba hantar 25 tan bekalan makanan kepada Orang Asli

Bernama
Bernama
24/01/2023
07:28 MYT
Bomba hantar 25 tan bekalan makanan kepada Orang Asli
Sebahagian penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Gob bergotong-royong mengangkut bantuan bekalan makanan di Pos Gob di Gua Musang. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan misi menghantar 25 tan bekalan makanan ke enam pos Orang Asli di sini bermula semalam.
Detasmen Komander Operasi Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penguasa Kanan Bomba II Wahyudi Mohd Sayuhti berkata operasi diteruskan setelah mengalami kelewatan akibat hujan lebat berterusan di jajahan itu sejak Jumaat lepas.
"Operasi semalam (Isnin) bermula pukul 10 pagi membabitkan dua pesawat iaitu Agusta A109E dan Agusta Westland AW189.
"Sebanyak 5.9 tan makanan berjaya dihantar setakat ini ke Kampung Gawin dan Kampung Gob di Pos Gob, Kampung Jader dan Kampung Ladoi di Pos Simpor serta Kampung Sempadik di Pos Belatim," katanya kepada pemberita di Padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang di sini hari ini.
Beliau berkata penugasan penghantaran bantuan akan diteruskan memandangkan cuaca ketika ini berada dalam keadaan baik.
"Walau apa pun situasi, kami tetap komited dalam melaksanakan tugas kerana ini bukanlah pengalaman kami berdepan situasi sebegini," katanya dan menambah operasi itu turut melibatkan kerjasama JBPM Gua Musang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Gua Musang
#Orang Asli
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan