awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba padam kebakaran longgokan besi buruk di Bagan Serai

Aida Aziz
Aida Aziz
05/12/2022
03:35 MYT
Bomba padam kebakaran longgokan besi buruk di Bagan Serai
Anggota bomba ketika melakukan pemadaman api di kawasan lapang berdekatan lokasi pengumpulan besi. - Foto JBPM Perak
BAGAN SERAI: Satu longgokan besi buruk terbakar di kawasan lapang berdekatan lokasi pengumpulan besi tersebut di Batu 8, di sini hari ini.
Susulan kejadian itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dengan dibantu BBP Kuala Kurau dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Alor Pongsu bergegas ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.02 pagi.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan longgokan besi buruk di kawasan lapang dan tidak melibatkan struktur bangunan.
"Kekuatan anggota bagi memadamkan kebakaran itu membabitkan BBP Parit Buntar (7), BBP Kuala Kurau (5), PBS Bagan Serai (5), PBS Jalan Bawah Kuala Kurau (5), PBS Kuala Kurau (8) dan PBS Alor Pongsu (2)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, pasukan bomba kemudiannya membuat kerja pemadaman menggunakan empat pancutan 400 kaki sehingga api berjaya dipadam.
Operasi berkenaan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Aminuddin Mohd Noor.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#longgokan besi buruk
#bomba
#lokasi pengumpulan besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan