Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk membina sebanyak 20 unit rumah di seluruh negara di bawah program Mysejahtera jabatan itu tahun depan.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata jumlah itu bagaimanapun bergantung kepada perolehan kewangan dan keupayaan anggota jabatan tersebut untuk melaksanakan tugas berkenaan.
"Jadi mereka (anggota Bomba) yang kita pilih ini adalah orang yang pakar-pakar, mereka memang fokus untuk membina rumah ini tetapi tidak mengurangkan (tumpuan) dan juga tidak mengkompromikan kesiapsiagaan kita dalam tugas-tugas operasi," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Rumah Mysejahtera di Kampung Quop Dayak, Padawan di sini pada Khamis, beliau berkata sepanjang tahun lalu, JBPM Sarawak berjaya membina enam unit rumah Mysejahtera berkeluasan 55.74 meter persegi.
Katanya program ini bertujuan membina rumah untuk diberikan kepada kategori sasaran jabatan itu yang terdiri daripada golongan di bawah paras kemiskinan, mangsa bencana alam atau kebakaran serta kumpulan B40.
Mohamad Hamdan berkata selain membina unit baharu di bawah program itu, JBPM memfokus kepada usaha pembaikan rumah mereka yang berada dalam kategori sasaran.
"(Dalam inisiatif) pembaikan rumah ini, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana merekalah yang akan mengeluarkan peruntukan perbelanjaan menerusi Jawatankuasa Penduduk," katanya
Beliau kata sehingga kini, sejumlah 200 rumah telah diperbaiki dan diselenggarakan dan 150 unit berjaya dibina di bawah program itu sejak ia bermula pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020
Mohamad Hamdan berkata jumlah itu bagaimanapun bergantung kepada perolehan kewangan dan keupayaan anggota jabatan tersebut untuk melaksanakan tugas berkenaan. - Gambar BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Bomba sasar bina 20 rumah MYsejahtera tahun depan - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk membina sebanyak 20 unit rumah di seluruh negara di bawah program Mysejahtera jabatan itu tahun depan.
Gerak bibir, faham arahan, Adib mulai sedar
Anggota bomba yang parah akibat kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari mulai sedar dan menunjukkan perkembangan positif hari ini.