awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan dua remaja terperangkap di Sungai Kerayong, Ampang

Bernama
Bernama
16/01/2023
14:15 MYT
Bomba selamatkan dua remaja terperangkap di Sungai Kerayong, Ampang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan dua remaja yang terperangkap dalam kejadian di Sungai Kerayong, Taman Pandan Mewah petang tadi. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan dua remaja yang terperangkap dalam kejadian di Sungai Kerayong, Taman Pandan Mewah di sini petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 5.29 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati terdapat dua remaja lelaki berusia lingkungan 15 tahun berada di tebing Sungai Kerayong dan terpisah sejauh 50 meter dengan air sungai sedalam 20 kaki," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Difahamkan remaja terbabit ke sungai itu untuk memancing.
Norazam berkata anggota penyelamat membawa keluar kedua-dua remaja menggunakan tali dan tangga daripada jentera sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua remaja terperangkap
#Sungai Kerayong
#Taman Pandan Mewah
#Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan