awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba Selangor kenal pasti empat titik panas kebakaran tanah gambut di negeri itu

Bernama
Bernama
06/02/2024
21:15 MYT
Bomba Selangor kenal pasti empat titik panas kebakaran tanah gambut di negeri itu
Hutan simpan di Kuala Langat antara lokasi hotspot kebakaran tanah gambut berskala besar. Gambar kecil: Wan Md Razali. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor telah mengenal pasti empat titik panas kebakaran tanah gambut yang berskala besar, di seluruh negeri itu.
Pengarahnya Wan Md Razali Wan Ismail berkata kawasan dikenal pasti ialah Hutan Simpan Raja Muda Musa, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Kampung Johan Setia.
Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang bertanggungjawab ke atas empat kawasan itu ialah BBP Bestari Jaya, BBP Banting, BBP Teluk Panglima Garang dan BBP Andalas.
Wan Md Razali berkata bomba menerima 7,856 panggilan kebakaran terbuka dari 2021 hingga semalam, bagi seluruh Selangor.
“Dalam tempoh sama, statistik panggilan kebakaran terbuka paling tinggi diterima ialah kes kebakaran belukar atau lalang, iaitu sebanyak 3,291 kes diikuti dengan kebakaran sampah iaitu 2,558 kes, kemudian 1,354 kes bagi kebakaran hutan dan 653 kes bagi kebakaran ladang atau kebun,” katanya dalam kenyataan semalam.
Wan Md Razali berkata cuti kesemua pegawai dan anggota bomba akan dibekukan, bagi memastikan semua peralatan operasi kebakaran hutan diperiksa, diuji dan diselenggara segera jika mengalami kerosakan.
Beliau berkata 17 unit jentera tangki air ditempatkan di balai bersesuaian untuk persediaan awal pemadaman api hutan dan tanah gambut, selain melakukan rondaan secara berkala dan konsisten serta mengenal pasti dan merekodkan kawasan yang sering berlaku kebakaran hutan.
Wan Md Razali berkata bomba turut membuat perancangan pengurusan sumber air terbuka di kawasan yang sering berlaku kebakaran hutan, dan mengadakan mesyuarat koordinasi antara agensi lain bagi menyelaraskan tindakan operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran terbuka
#titik panas kebakaran tanah gambut
#bomba Selangor
#Wan Md Razali Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan