NATIONAL
'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual

Muhammad Adiq (dua, kanan) mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.- Foto Bernama
CHUKAI: Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
Ringkasan AI
- Muhammad Adiq Alqbab Zanuddin, seorang 'bomoh' muda berusia 20 tahun, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
- Dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dengan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
- Hakim Wan Suhaila Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Mac sebagai tarikh untuk laporan sosial, fakta, dan hukuman.
Dia boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) akta yang sama kerana melakukan perbuatan itu terhadap mangsa pada pertengahan Januari lepas di lokasi dan masa yang sama.
Hakim Wan Suhaila membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Mac ini sebagai laporan sosial, fakta dan hukuman.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami